in

‘Frust’ Sebab Kawan Selalu Tayang Kereta Honda, Pelajar Prank Rakan Sekelas, Order 100 Bungkus Nasi Ayam Tapi Tak Bayar

Ft Honda Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Prank’ dengan niat untuk mengenakan seseorang atau sekadar tujuan bergurau sememangnya menghiburkan hati yang melihat. Namun, pernah tak korang terfikir akibat yang perlu ditanggung oleh individu yang ‘terkena’ itu gara-gara ‘prank’ yang agak keterlaluan?

Tular baru-baru ini di media sosial apabila seorang individu yang tidak dikenal pasti identitinya telah memuat naik satu posting di laman Facebook @UTAR Confessions yang mendedahkan satu prank yang dilakukannya kepada salah seorang rakan sekelasnya yang didakwa gemar menunjuk-menunjuk kekayaan yang dimiliki.


 

Tak puas hati kawan menunjuk ada Honda City

Honda

Dia ingat dia nampak cool sebab bawak kereta Honda City.

Menurut World of Buzz, rakannya itu sering menayang dan ‘bermain-main’ dengan kunci kereta Honda yang dipandunya itu sewaktu di dalam kelas menimbulkan iri hati dan kejengkelan kepada mereka.

Semua orang sekeliling tahu dia anak orang kaya. Ia sangat menyakitkan hati. 

 

Dapat tahu keluarga ada buka gerai nasi ayam

Dedahnya lagi, dia dan rakan-rakannya yang lain telah mencari akaun Facebook milik rakannya yang kaya itu gara-gara bosan. Apa yang mengujakannya, hasil pencarian tersebut berjaya dan dia mendapat tahu bahawa bapa kepada rakannya itu ada membuka sebuah gerai makan yang menjual nasi ayam.

Dia turut perasan bahawa rakannya itu kadang kala ada mempromosikan perniagaan gerai makan yang dijalankan oleh bapanya itu di laman Facebook.

Cemburu dan tidak berpuas hati dengan perkara ini, mereka berpakat dengan merancang untuk mengenakan rakan sekelasnya itu bertujuan untuk ‘mengajarnya’ disebabkan selalu berlagak.

 

Pesan 100 bungkus nasi ayam

Feat Nasi Ayam 1

Mereka telah memesan sebanyak 100 bungkus nasi ayam dari gerai milik si bapa rakannya itu dengan menggunakan nombor telefon yang tidak dikenali.

Saya beli kad sim baru dan menghantar WhatsApp kononnya hendak membeli sebanyak 100 bungkus nasi ayam dari gerainya. 

Walau bagaimanapun, dia tersedar bahawa mereka perlu memberi alasan yang kukuh daripada perlu membayar wang pendahuluan gara-gara memesan jumlah pesanan yang agak banyak itu.

 

‘Menyamar’ kononnya pembantu YB

Oleh itu, mereka bertindak untuk ‘menyamar’ pula sebagai pembantu ahli politik di sebuah daerah dan memberi alasan bahawa mereka perlu memesan nasi ayam tersebut untuk mengagihkannya kepada orang yang kurang berkemampuan.

Saya cakap saya adalah pembantu kepada Yang Berhormat (YB) dan mengatakan yang kami ingin mengagihkan nasi ayam itu kepada orang susah. 

 

Tak bayar pesanan siap buang kad sim dalam tong sampah

Rakan sekelasnya yang tidak dapat ‘menghidu’ penipuan tersebut terus sahaja mempercayainya. Bukan itu sahaja, tarikh untuk pengambilan makanan di gerai itu juga turut dibuat iaitu 2 hari kemudian.

Haha, lepas itu saya terus buang kad sim tersebut dalam tong sampah.

Apabila tibanya hari yang dijanjikan untuk mengambil pesanan nasi ayam yang telah dibuat, mereka semua tidak memunculkan diri apatah lagi membayar harganya sehinggalah rakan sekelasnya itu memuat naik satu posting di Facebook yang meluahkan rasa kecewa dengan ‘prank’ berkenaan.

 

Rugi jumlah pendapatan selama seminggu

Tambah rakannya itu, keluarganya telah mengalami kerugian yang menyamai tempoh pendapatan selama seminggu.

Namun, kerugian yang terpaksa dialami oleh rakan sekelasnya itu sedikit pun tidak mendatangkan rasa bersalah kepada mereka. Individu tersebut malah sempat pula mentertawakannya sambil mengejek supaya rakannya itu tidak lagi berlagak pada masa yang akan datang.

 

“Lain kali jangan berlagak” – Individu tak dikenali

Saya hampir mati sebab ketawa. Mereka akhirnya terpaksa sedekahkan nasi ayam tersebut kepada rumah anak yatim dan rumah orang tua.

Saya tolong awak buat kerja kebajikan. Awak sangat berlagak. Saya nasihatkan awak jangan lagi nak berlagak pada masa depan.

Tak dapat telinga, tanduk pula dipulas. Anak punya hal, keluarga jadi mangsa. 

Baca: Disangka ‘Prank’ Halloween, Lelaki Siap Tunjuk Kepala Manusia Depan Kanak-kanak, Rupa-rupanya Milik Rakan Sendiri Baca Prank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.