in

“Finally! Lepas 11 tahun…” – Anuar Zain & Ziana Zain Bakal Adakan Konsert Pertama Bersama Ogos Ini!

Untitled Design 2022 05 20T153927.884

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi lagenda Ziana Zain dan adik lelakinya Anuar Zain sudah lama mewarnai industri hiburan tanah air dengan nyanyian merdu dan vokal yang tiada tolok bandingnya.


Setelah hampir bertahun peminat meminta kedua adik-beradik itu mengadakan konsert besar-besaran bersama, akhirnya tahun ini kita bakal menyaksikan gandingan tersebut berkongsi satu pentas.

Zain

Dalam laporan Astro AWANI, difahamkan dua beradik itu pernah bergandingan hampir sebelas tahun lepas untuk satu konsert di Singapura, Anuar menyifatkan peluang menjayakan konsert bersama kali ini hadir pada masa yang tepat.

“Perancangan sudah lama ada, peminat juga selalu bertanya tetapi sebagai manusia kami hanya merancang, tuhan menentukan.

Aturan Allah itu yang terbaik, hari ini akhirnya kami umumkan kepada semua, konsert ini akan berlangsung Ogos depan,” kata Anuar Zain.

Mereka berdua mempunyai lagu-lagu hits yang evergreen dan dua beradik itu menjanjikan persembahan terbaik dan ‘mimpi indah’ buat penonton.

“Kata orang kalau selalu berdoa, lebih 44 kali ia akan jadi kenyataan. Saya sangat bersyukur, ini memang satu peluang yang sangat berharga, bukan selalu adik-beradik dapat beraksi sepentas dalam konsert yang besar,” kata Ziana Zain pula. 

Konsert penuh 90 minit itu dianjurkan oleh Trumpet International Sdn Bhd  dan akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 6 Ogos depan.

Tiket dijual dengan harga bermula dari RM288 sehingga RM1,188 sudah boleh dibeli bermula hari ini di laman web www.excitix.com.my

Wow, kena korek tabung ni nak pergi!

Baca: DSV Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dekat Anuar Zain & Ziana Zain

Untitled Design 2022 05 20T153627.905

Sumber: mynewshub

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.