in

Fenomena Istiwa A’dzam Bakal Berlaku 28 Mei Ini, Umat Islam Berpeluang Semak Arah Kiblat

Cats 85

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Arah kiblat merupakan syarat sah solat bagi umat Islam ketika ingin melakukan ibadah solat. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kalau korang salah kiblat, tak sah tau solat. Haa, bahaya tu.


Korang mesti selalu check arah kiblat pakai apps dalam phone kan? Tapi sejauh mana ketepatan apps itu pun kita tak dapat nak pastikan.

 

Fenomena Istiwa A’dzam

Umat Islam berpeluang untuk semak arah kiblat sewaktu fenomena Istiwa A’dzam yang bakal berlaku pada petang 28 Mei ini. Untuk pengetahuan korang, fenomena ini berlaku ketika matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah.

Makluman ini dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak di akaun Facebook mereka semalam dengan disertakan sekali poster tentang info ringkas mengenai fenomena Istiwa A’dzam ini.

Njhj

“Peristiwa ini berlaku dua kali setiap tahun, iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.”

Peristiwa ini dijangka berlaku pada 28 Mei ini kira-kira pada jam 5.16 petang dan bakal berlaku sekali lagi pada 16 Julai kira-kira jam 5.28 petang.

186498658 4719002741460166 8970165396023573230 N

 

Cara nak semak arah kiblat

Selain itu, Jabatan Mufti Negeri Perak pun ada berikan panduan kepada umat Islam yang ingin menyemak arah kiblat mereka dengan cara tengok arah bayang matahari. Dengan merujuk kepada arah bayang matahari, arah kiblat adalah bertentangan dengan arah bayang.

Sebenarnya, korang boleh tandakan arah bayang 2 hari sebelum atau selepas tarikh tersebut. Malah dalam lilngkungan 10 minit sebelum dan selepas waktu yang dinyatakan juga korang masih boleh tandakan arah kiblat. Ini kerana bayang yang dilihat masih berada di arah kiblat.

Kalau korang confuse juga macam mana nak semak arah kiblat, korang boleh tengok video ringkas yang dikongsikan oleh pemilik akaun Aku Budak Survey ini di Youtube.

Ini la peluang terbaik korang nak semak arah kiblat kat rumah korang. Check jangan tak check, mana tahu selama ni kita solat arah kiblat tersenget sikit ke kan. Haa, baik korang check.

 

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak

Baca:“Kiblat terlari 1 darjah sekalipun, nilainya sama dengan 122 km dari kedudukan sebenar Kaabah” – Peguam Ini Jelaskan Kenapa

Hjn

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.