in

“F*CK YOU” – Lelaki Jumpa Hiasan Bunga Dengan Tulisan Lucah Di Tanah Perkuburan

Fi Kubur

Baru-baru ini tular di media sosial, apabila seorang lelaki terkejut selepas ternampak hiasan bunga dengan tulisan berbaur lucah di sebuah kawasan tanah perkuburan.

Malah secara tidak langsung, tindakan ini dipersoalkan ramai pihak, macam mana kedai bunga boleh menerima tempahan sebegitu rupa.

Kubur 1

Dapat dilihat hiasan bunga berwarna merah dan putih itu disandarkan pada sebuah kubur.

Seorang saksi berkatakejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Allerton di Liverpool, United Kingdom ini merupakan suatu tindakan yang sangat tidak wajar.

Kubur 2

 

“Saya tidak faham kenapa seseorang itu dibenarkan untuk meninggalkan mesej seperti itu di tempat yang sepatutnya dihormati.

“Saya tergamam, ia tidak sepatutnya dilihat berlaku di kawasan perkuburan atau di mana sahaja.

“Apa yang lebih mengejutkan adalah pihak kedai bunga atau mengatur dan menghiasnya mengikut permintaan sahaja.

“Saya agak, jika ada seseorang sedia membayarnya, mereka hanya lakukan sahaja.” – katanya.

Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu, dan majlis perbandaran Liverpool telah memindahkan hiasan tersebut keluar daripada kawasan perkuburan itu menurut Daily Star.

 

Baca : Call call tak angkat; [VIDEO] Terkejut Bila Location Stop Dekat Jirat Cina, Ingatkan Penggali Kubur Order Tapi Rupanya

Foot Kubur