in

Fazura Hadir Ke IPD, Buat Laporan Polis Berkaitan Fitnah Di Media Sosial

Fazura Fitnah Laporan Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura didakwa membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dipercayai memuat naik hantaran fitnah di Instagram.

Memetik laporan Berita Harian, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 41, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor pada Khamis dipercayai berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan kepadanya.


Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai fitnah daripada pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.

Artikel berkaitan: “Aku seret korang pergi mahkamah” – Rosyam Nor Bengang Wanita Fitnah Kaitkan Namanya Isu Cerai Fattah-Fazura

Artikel berkaitan: “Tak sedap” – Sharnaaz Ahmad Beri Ulasan Jujur Mengenai Nyanyian Fazura

“Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada pelakon wanita itu.

Screenshot 2024 11 08 110744

Terdahulu, Fazura memuat naik foto berada di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya di Instagram Story namun tidak menyatakan sebab kehadirannya di balai polis terbabit.

Sebelum ini, nama Fazura kembali menjadi bualan hangat netizen susulan muncul dalam sebuah program televisyen Indonesia menyanyikan single baharunya yang berjudul Bertahan Demi Cinta.

Korang rasa fitnah apa agaknya tu?

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.