in

“Family dia salahkan aku balik” – Wanita Ceritakan Macam Mana Dapat Laki Kaki Pukul

Kakipukul6

Pengalaman hitam yang dialami oleh gadis yang dikenali Dania ini cukup membuka mata kita terutamanya golongan wanita untuk tidak mudah menilai seseornag itu berdasarkan kelulusan dan pekerjaan yang dimiliki.

 

Mula berkenalan di Tinder

Pada mula mereka bercinta semuanya indah belaka, nak dipendekkan cerita mereka membuat keputusan untuk tinggal bersama.

Dari situ detik-detik hitam kehidupan Dania bermula, rupa-rupanya lelaki itu kaki pukul, dia menjadi mangsa keganasan, bukan sekali dua, tapi banyak kali.

Kakipukul

Ketika itu dia tak fikir apa pun, sayang punya pasal dia pun stay dengan lelaki itu, amat menyayat hati apabila lelaki tersebut mengurungnya di dalam rumah, berbulan-bulan dia tak keluar sepanjang dia tinggal bersama lelaki tersebut.

Hanya dibenarkan keluar apabila lelaki tersebut ada dan bersama dia, susah baginya untuk menyelinap kena kunci rumah hanya ada satu dan sentiasa bersama dia sebab dia tak nak Dania lari.

Bukan itu sahaja, kebebasannya juga terbatas apabila dia tidak dibenarkan kerja, dah tu tak bagi duit lagi.

 

Kenapa tak keluar je dari rumah tu?”

Dia pernah menceritakan hal ini kepada ibu lelaki tersebut, tapi responnya amatlah mendukacitakan.

Kakipukul2

Disebabkan apa yang terjadi kepadanya, Dania berpesan jangan terlalu mudah diperbodohkan dengan kelulusannya, pekerjaan dan pertuturannya yang sopan santun sebab dia memang pandai manipulate orang.

 

Keluarga sendiri tahu tapi…

Apabila minda dikawal oleh seseorang sehingga membuatkan individu itu hilang pendirian, Dania menjelaskan yang keluarganya tahu tentang perkara ini tapi dia masih lagi berselindung dan bela lelaki tersebut.

Kakipukul3

Setiap kesabaran ada batasnya, suatu malam Dania dah tak tahan, dia terus senyap-senyap eprgi ke tandas untuk memaklumkan kepada kawan baiknya selepas dia dipukul.

Hal ini sampai jadi campur tangan keluarga, mereka membuat laporan polis dan pada waktu itu badan Dania lebam teruk. Tapi, sebagai wanita dia hanya minta keluarganya maafkan lelaki tersebut.

Kakipukul4

 

Janji tak nak buat lagi

Selepas perbalahan selesai, lelaki itu berjanji agar tidak mengulanginya lagi, sebagai wanita yang tak kuat pendirian pada waktu itu, Dania memaafkannya tetapi kesilapan sama berulang lagi.

Ternyata lelaki tersebut memang kaki pukul perempuan setelah Dania ajukan soalan ini kepadanya.

Kakipukul5

Dania berkenalan lelaki tersebut melalui aplikasi Tinder.

Namun begitu, itu semua telah berlalu, ramai netizen yang jadi geram, marah dan ada juga yang takut selepas ketahui apa yang dilalui oleh Dania ini dapat lelaki dayus.

Ada juga yang kongsikan pengalaman yang sama mereka pernah lalui, diharap kisah ini dapat jadikan pengajaran buat kaum hawa di luar sana untuk sentiasa berhati-hati. 

 

Baca : “Baru je putus tunang” -Tak Jadi Kahwin Sebab Tak Tahan Tunang Kaki Pukul, Persiapan Dah Bayar Hampir RM30,000

Tunangpukul