in

FAM Kemuka Rayuan Rasmi Kepada FIFA Berkaitan Dokumen Palsu Pemain Harimau Malaya

3fam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan negara.

Memetik laporan Sinar Harian, FAM menegaskan semua dokumentasi berkaitan kelayakan pemain telah dikemukakan secara telus mengikut garis panduan yang ditetapkan, selain pernah mendapat pengesahan rasmi daripada FIFA sebelum ini. Sehubungan itu, rayuan akan dibuat melalui saluran perundangan yang ada bagi melindungi kepentingan pemain dan skuad kebangsaan.


Screenshot 2025 09 27 at 12.19.03 PM

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjatuhkan hukuman selepas mendapati FAM bersalah menyerahkan dokumen yang dikatakan tidak sah bagi mengesahkan kelayakan tujuh pemain warisan. Kesemua pemain tersebut diturunkan ketika perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.

FAM turut dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain terbabit dikenakan denda CHF2,000 (sekitar RM10,000). Mereka juga digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama 12 bulan bermula dari tarikh keputusan dimaklumkan.

Antara pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano. Keputusan penuh dijangka akan diperoleh sekiranya rayuan rasmi dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca: Harimau Malaya Berdepan Denda Oleh FIFA, 7 Pemain Kacukan Didakwa Ada Masalah Dokumentasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.