Belum pun reda dengan kejadian Akhyar Rashid, pemain bola sepak kebangsaan diserang dan disamun, kini giliran pemain sayap negara, Faisal Halim diserang.
Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya pada hari ini telah mendapat perhatian ramai. Faisal yang lebih mesra dengan panggilan Mickey itu dikatakan telah disimbah asid ketika sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah telah dihampiri dua individu bermotosikal dan disimbah asid kepadanya.
Artikel berkaitan: Polis Kini Buru Suspek Pecahkan Cermin Kereta Safiq Rahim
Artikel berkaitan: Target Pukul Kaki, Akhyar Rashid Diserang Penyamun Di Terengganu
Memetik laporan Stadium Astro, semakan terhadap nombor pendaftaran motosikal itu didapati palsu dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ianya adalah motosikal curi.
Setakat artikel ini ditulis, satu laporan polis telah dibuat dan kejadian itu juga telah disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussien Bin Omar Khan.