Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan orang ramai sanggup beratur demi semangkuk mi bernilai di antara RM8-RM15 dijual di Setiawangsa. Ia mengundang kecaman netizen kerana ramai menganggap harga itu tidak masuk akal bagi mi segera.
Malah ada juga yang turut mempertikaikan cara penyediaan menu tersebut dengan merebus mi itu mengunakan air rebusan yang sama berulang kali. Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan topping yang digunakan peniaga membuatkan ramai yang tertarik dengan menu itu.
Artikel berkaitan : “FOMO ke memang lapar?”- Netizen Pertikai Orang Ramai Sanggup Beratur Demi Mi Segera Harga RM15
Artikel berkaitan : “Nak masak di tempat lain tapi” – Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Ini Jawapan Individu Bila Ditanya Kenapa
Terpanggil dengan kecaman tersebut, peniaga mi segera itu berkata, dia berterima kasih kepada mana-mana pihak yang mengecam dirinya dan kecaman itu telah membuatkan mi segeranya laris dan habis dijual.
“Haa nak tunggu apa lagi sold out, terima kasih kepada yang kecam tu eh? Datang esok kita tambah lagi 10 kilo ayam.”
Kalau berniaga secara haram ni, baik diam-diam saja. Tak payah nak tunjuk perangai sombong atau berlagak. Esok lusa DBKL datang kutip, kau salahkan netizen pula.
pic.twitter.com/ZBqtZklbcQ— Roman Akramovich (@SyedAkramin) November 11, 2024
Kata-kata daripada peniaga ini telah membuatkan ramai netizen kurang senang dan ia sekali lagi mengundang kecaman.
Mungkin sebab dia ada specialty tersendiri yang menyebabkan orang suka datang kat kedai dia. Ada yang pernah rasa ke?
Sumber: :X