in

Empat Beradik Bawa Lari Jenazah Ayah, Tak Nak Bagi Jalankan Ujian Covid-19

Hp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Enggan berikan jenazah ayahnya diuruskan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pengurusan wabak Covid-19, 4 beradik tekad bawa lari jenazah dalam kejadian di Hospital Lahad Datu kelmarin.


Menerusi Harian Metro, adik beradik yang berusia 26 hingga 31 tahun itu bertindak menolak jenazah keluar dari khemah zon PUI sebelum dibawa balik ke rumah mereka.

 

Ada sejarah penyakit.. Kena ikut SOP untuk elak risiko angkitan

Hospital Lahad Datu Web

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, sebelum meninggal dunia, lelaki berusia 58 tahun terbabit dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan dan diletakkan di bawah kategori ‘Patient-Under-Investigation’ (PUI).

Mengikut kepada rekod kesihatan, si mati mempunyai sejarah sakit otak dan pernah diserang angin ahmar.

“Ketika di hospital, pasukan perubatan sempat memberikan pertolongan cemas pernafasan (CPR) selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

“Petugas perubatan kemudiannya memberi penerangan kepada ahli keluarga berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis wabak Covid-19 dan keperluan menjalani ujian saringan bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan,”

Kata Rohan lagi, jenazah ayah mereka sepatutnya disimpan di bilik mayat Jabatan Forensik sehingga keputusan ujian covid-19 diterima.

Namun si waris enggan meninggalkan jenazah di hospital dan melarikan jenazah .

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis melakukan serbuan di rumah keluarga berkenaan di Kampung Panji, di sini.

“Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki pada 11.30 malam.

“Jenazah berkenaan turut ditemui pasukan serbuan di ruang tamu di rumah perkampungan atas air berkenaan,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara selama dua tahun atas kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Suspek kini ditahan reman selama 3 hari bagi membantu siasatan.

 

Baca : “Sekampung sekarang terancam jadi pembawa” – [Video] Pesakit Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Keluarga Mengamuk Nak Bawa Jenazah Balik

Mengamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.