in

“Elok pakai timer, bukak je meletup” – Tular Gelang ‘Pink’ Ditemui Tepi Jalan, Ditanggalkan Individu Tidak Bertanggungjawab

Ft Pink Final Betul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu yang ditimbulkan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab setelah bergelar pemakai gelang ‘pink’ ini bukan lagi sesuatu yang baru dalam masyarakat.


Baru-baru ini, tular lagi di media sosial berkenaan isu penemuan gelang ‘pink’ yang lengkap bernombor di tepi jalan.

 

Tanggal gelang ‘pink’, buang tepi jalan

Seorang individu yang tidak bertanggungjawab ini bertindak kurang cerdik apabila dia dikatakan telah menanggalkan gelang ‘pink’ tersebut tanpa kebenaran petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan itu sahaja, dia turut membuang gelang tersebut di tepi jalan yang berhampiran dengan sebuah kedai di Desaru Utama, Johor Bahru.

Menurut Kosmo!, gelang ‘pink’ itu dipakai oleh individu yang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari bermula tarikh 19 November sehingga 2 Disember ini untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dan sepanjang tempoh itu, mereka tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah.

Feat Pink

 

Hanya boleh dipotong oleh pihak KKM

Selain itu, gelang kuarantin itu juga hanya boleh dipotong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes itu pada hari Sabtu yang lepas dan kes ini juga telah dirujuk kepada pihak KKM Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Daerah Kota Tinggi masih diletakkan di bawah Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB) gara-gara bilangan jangkitan Covid-19 telah mencatatkan jumlah sehingga 52 kes.

Isu penemuan gelang ‘pink’ yang tular ini juga berjaya menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan individu ‘selfish’ ini.

 

“Elok ikat bom nuklear kat kaki” – Netizen

Fb Komen 1

Fb Komen 2

Fb Komen 3

Hmm, kalau macam ni memang sampai ke sudah Malaysia tak aman dengan Covid-19. 

Baca: “Dia jalan kaki 25km” – Pesakit Covid-19 Larikan Diri, Tinggal Gelang Pink Atas Katil, Dijumpai di Kaki Lima 

Baca Pink

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.