in

“Elok ambik besi tu lenyek telur dia”- Lelaki Balun Anak Dan Isteri Dengan Barbell

Featured 35

Dalam perkahwinan pasangan sudah pasti mengimpikan kehidupan yang indah bersama yang tersayang. Janji-janji manis yang dilafazkan sewaktu bercinta, diharap dapat dikota selepas sah lafaz sebagai suami dan isteri.

Namun bagaimana ‘syurga’ yang diharapkan tapi ‘neraka’ yang pasangan dapat?

Itu yang terjadi kepada wanita ini apabila suaminya bertindak memperlakukan wanita ini dengan kejam apabila dia menumbuk, menendang dan membaling isterinya itu dengan piring angkat berat atau lebih dikenali sebagai barbell..Kejamnya!

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata siasatan polis mendapati kejadian yang berlaku di Kampung Tabanak, Lahad Datu Sabah tersebut merupakan kali kedua dilakukan lelaki itu terhadap mangsa yang berusia 26 tahun, memetik Harian metro.

Nasri
Sumber : google

Kali pertama berlaku pada Ahad lalu, apabila suspek mengamuk sebelum memukul mangsa dan anaknya sendiri dengan barbell dan membaling alat itu ke arah wanita terbabit.”

Menurut Asisten Komisioner Nasri Mansor, akibat kejadian mangsa lebam di badan dan kaki sementara anak mereka cedera di bahagian rusuk kanan dan kiri.

Beliau berkata suspek yang berusia 36 tahun didakwa mengamuk termasuk mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa dan anaknya kira-kira pukul 7 petang, semalam.

1547552823 Thinkstock Woman Strangulation Throat Slit
Gambar hiasan

“Akibat bimbang dicederakan, mangsa bersama anaknya melarikan diri dan membuat laporan polis”

Berdasarkan laporan yang diterima, suspek ditahan sepasukan polis bersama peralatan yang digunakan untuk mencederakan mangsa kira-kira pukul 10.45 malam semalam. Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati, perkahwinan suspek bersama mangsa adalah perkahwinan ketujuh dan yang kedua bagi mangsa.”

“Sebelum ini, mangsa mengakui suaminya pernah memukulnya tetapi tidak melaporkan kepada polis.”

Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Baca : C*laka punya orang Pakcik Tua Dibelasah, Kena Paksa Makan Daging Babi Depan Orang Ramai

Ab