Kejam dan menyayat hati.
Itulah yang boleh digambarkan mengenai kisah hidup Elisabeth Fritzl, remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada Ogos 1984, ketika usia hanya 18 tahun.
Ibunya, Rosemarie ibarat mumia hidup, sentiasa menantikan kepulangan anak perempuannya itu.

Setelah berminggu-minggu laporan kehilangan Elisabeth dibuat tidak semena-mena satu pucuk surat daripada Elisabeth sampai ke rumah keluarganya itu.
Dalam surat tersebut menyatakan yang dia dah bosan dengan kehidupan bersama keluarga membuatkan dia bertindak melarikan diri.
Bapa Elisabeth, Josef ketika ditanyakan soalan oleh pihak polis mengatakan yang dia tidak menolak kemungkinan anak perempuannya itu menyertai kumpulan keagamaan, sesuatu yang pernah Elisabeth ceritakan kepada keluarganya sebelum ini.
Namun realiti sebenar adalah sebaliknya.
Lokasi sebenar Elisabeth ialah 6 meter di bawah rumah, tempat mereka tinggal. Namun tiada siapa yang menyedari perkara ini.
Dikurung dan jadi hamba seks bapa sendiri selama 24 tahun hingga lahirkan 7 anak
Macam mana Elisabeth boleh berada 6 meter di bawah rumah?


Kisahnya begini, pada 28 Ogos 1984 Josef panggil Elisabeth ke ruang bawah tanah untuk membantunya memasang pintu di ruangan berkenaan.
Selesai sahaja Josef memasang engsel pada pintu tersebut dia lantas menutup pintu dan memaksa Elisabeth tertolak ke ruangan dalam.
Tak cukup dengan itu, dia kemudiannya menekup muka Elisabeth dengan tuala hingga menyebabkan remaja perempuan tersebut tidak sedarkan diri.
Disitulah bermulanya kehidupan yang kelam dan tragis buat Elisabeth.
Dunia seolah-olah melupakan kehilangan gadis itu selepas siasatan polis menemui jalan buntu namun tidak bagi ayah Elisabeth iaitu Josef.
Dia setiap pagi akan ke ruangan bawah tanah rumahnya itu untuk bekerja malah sampai ke tahap kadangkala akan bermalam di ruangan tersebut.

Isterinya tidak pernah meragui perilaku suaminya itu, kerana dia tau Josef seorang yang bekerja keras dan sangat komited dalam pekerjaannya.
Bagaimanapun perangai sebenar Josef hanya Elisabeth sahaja yang tau.
2 tahun pertama Elisabeth dibiarkan keseorangan di ruangan bawah tanah sebelum Josef mula menjadikan anak perempuannya sebagai ‘sex doll’ selepas dia mula merogol Elisabeth sejak usia 11 tahun.
Elisabeth kemudiannya disahkan hamil sebelum keguguran sewaktu usia kandungan mencecah 10 minggu. Bagaimanapun 2 tahun kemudian iaitu pada 1988 remaja itu hamil lagi sehingga melahirkan anak perempuan bernama Kerstin.
2 tahun berikutnya Elisabeth melahirkan seorang lagi bayi, kali ini lelaki diberi nama Stefan hasil perbuatan terkutuk bapanya sendiri.
Josef akan menghantar makanan dan minuman kepada mereka setiap hari. Manakala Elisabeth cuba mengajar anak-anaknya dengan pendidikan asas dan menjalani kehidupan yang normal di ruangan bawah tanah tersebut.
Dalam tempoh 20 tahun berikutnya, tanpa disangka Elisabeth melahirkan 5 lagi anak hasil hubungan dengan Josef.
Seorang daripadanya dibenarkan tinggal dengan Elisabeth, seorang lagi meninggal dunia selepas dilahirkan dan 3 yang lain dibawa naik ke atas untuk tinggal bersama Rosemarie dan Josef.

Kerja terkutuk Josef kantoi akhirnya, bila….
Bagi mengelakkan syak daripada isterinya, Rosemarie, Josef mengatakan dia terjumpa bayi-bayi tersebut di kawasan semak samun atau di depan pintu rumah. Malah siap ada nota tangan daripada Elisabeth lagi yang mengatakan dia tak mampu nak jaga bayi-bayi tersebut.
Namun tembelang kejahatan Josef mula dihidu selepas salah seorang daripada anak hasil hubungannya dengan Elisabeth iaitu Kerstin jatuh sakit pada tahun 2008.
Waktu itu Kerstin berusia 19 tahun, dan bila keadaan Kerstin semakin kritikal baru lah Josef setuju untuk membawa Kerstin ke hospital. Josef juga menyatakan dia mempunyai nota dari ibu Kerstin yang menyatakan secara jelas mengenai sakit yang dialami remaja perempuan itu.

Bagaimanapun polis dapat hidu sesuatu yang pelik berlaku. Mereka kemudian soal siasat Kerstin dan pada masa sama meminta orang ramai yang tahu maklumat keluarga remaja perempuan itu.
Namun tiada seorang pun yang tahu siapakah ahli keluarga Kerstin.
So start dari situ polis makin curiga terhadap Josef dan membuka semula siasatan kehilangan Elisabeth Fritzl.
Polis ambil semua surat-surat yang ‘ditulis’ Elisabeth kepada keluarganya dan akhirnya mendapati ketidakseragaman pada surat-surat tersebut.
Josef akhirnya lepaskan Elisabeth dari kurungan bawah tanah pada 26 April 2018 untuk pertama kali dalam tempoh 24..tak tahu lah kenapa dia lepaskan
Elisabeth kemudian terus pergi ke hospital untuk melihat anak perempuannya dan waktu itu kakitangan hospital terus hubungi polis sebab curiga dengan Elisabeth
Polis terus menahan Elisabeth dan menyoal siasat wanita itu. Ketika inilah tembelang Josef pecah!
Dia menjelaskan bahawa Josef mengurungnya di ruang bawah tanah dan telah melahirkan 7 orang anak yang mana semuanya anak bapanya.
Elisabeth memberitahu bapanya akan turun ke ruangan bawah tanah pada waktu malam, memaksanya menonton filem lucah dan kemudiannya merogolnya.

Josef kemudian ditahan dan anak-anak Elisabeth yang tinggal di ruangan bawah tanah juga dibebaskan
Difahamkan sekarang Elisabeth tinggal di sebuah kampung rahsia di Austria dengan identiti baharu.
Scary shit dapat ayah macam ni, sepatutnya anak tu jadi amanah jaga dan besarkan elok-elok bukannya jadi pemuas nafsu serakah!