“Kau akan mengandungkan anak aku!” – Ketua Mafia ‘Gila Seks’ Rogol 3 Anak Perempuan Bawah Umur Akhirnya Dibunuh

Bukan setakat gangster dengan orang lain tapi anak sendiri pun jadi mangsa ketua mafia di Rusia bernama Mikhail Khachaturyan, 57. Menurut Daily Mail, Mikhail telah mati ditikam oleh 3 anak perempuannya sebab tak tahan jadi tempat dia lempias nafsu!

Angelina, 19, Maria, 18, dan Kristina Khachaturyan, 17, kini berdepan tuduhan membunuh bapa mereka di sebuah apartmen pada Julai 2018.

Dari kiri: Maria, Kristina dan Angelina | Sumber: Daily Star

 

Bapa gila seks!

Tiga beradik tu sepakat nak bunuh bapa dorang ni sebab tak tahan dengan perangai gila seks Mikhail. Bayangkan, mereka dipaksa layan nafsu bapa kandung sendiri dan jadi mangsa keganasan seksual sejak usia bawah umur.

Sumber: Everipedia

Laporan dari akhbar tempatan mengatakan Mikhail didakwa telah merogol Kristina dan Angelina ketika mereka bawah umur. Dia dera dan buat perkara tak senonoh kepada anak-anaknya dengan menggunakan bermacam-macam jenis senjata.

 

Ibu lari rumah

Akibat tak tahan dengan perangai Mikhail, ibu tiga remaja tu, Aurelia Dunduk dah larikan diri. Aurelia juga rupanya pernah menjadi mangsa serangan suaminya itu hingga menyebabkan kecederaan.

Sumber: Crime Russia

Bukan tu je, anak dia, Maria tu juga pernah kena serang dengan pisau dan cedera dekat bahagian kepala dan dagu. Bapak jenis apa dia ni?

Sumber: Daily Mail

 

“Kau akan mengandungkan anak aku”

Bukti mengatakan, Mikhail pernah berkata pada salah seorang anaknya,

Kamu akan ganti tempat ibumu. Aku akan berkahwin dengan kamu dan kamu akan mengandungkan anak aku.”

Mikhail selalunya akan arahkan anaknya untuk buka pakaian dan berbogel depannya dengan alasan ‘saja nak check‘. Lepas tu dia akan suruh anak dia lancapkan dia kononnya dia ada masalah prostat, so onani adalah salah satu penawar.

 

Rancang bunuh bapa

Pada hari kejadian, tiga remaja ni curi pisau bapa mereka dari dalam kereta sebab nak guna untuk pertahankan diri kalau Mikhail nak belasah mereka.

Sebelum kejadian berlaku, mereka telah dihukum dengan disembur pepper spray. Akibat daripada perbuatan tu, Kristina pengsan kerana diserang asma.

Mikhail kemudian ambil kesempatan tu heret Kristina masuk ke bilik air, bogelkan dia dan curahkan vodka ke atas badan. Risau adik mereka mati atau ketakutan, Angelina dan Maria buat keputusan untuk serang bapa mereka dengan pisau dan hammer.

Sumber: Daily Mail

 

Angelina tikam Mikhail

Pergelutan dengan bapa mereka di dalam apartmen berlanjutan hingga ke luar di tepi jalan. Ketika itu, Angelina terus tikam bapa mereka tepat di bahagian jantung. Mikhail rebah dan Maria terus call polis, tapi bila paramedik sampai mereka sahkan bapa dorang dah pun mati.

 

“Hidup di penjara lebih baik…”

Tahun lepas, tiga beradik ni dibebaskan dari tahanan sementara menunggu analisis terperinci tentang kes mereka, Ketika disoal siasat, Angelina berkata,

Saya tak menyesal (membunuh). Memang dah tak boleh nak terima apa yang dia buat pada kami.”

Hidup di penjara lebih baik daripada hidup dengan dia (bapa). Sejak umur 10 tahun kami dipukul, sejak umur 14 tahun kami dapat gangguan seksual. Lepas ibu keluar, semuanya jadi lagi teruk.”

Sumber: The Times

 

Pendakwa raya mohon tuduhan ditarik

Beberapa orang pendakwa raya berharap keadilan dapat ditegakkan dan tuduhan terhadap tiga remaja itu ditarik semula kerana mangsa melalui seksaan seksual dan penderaan fizikal.

Sumber: Daily Mail

Hakim, Yaroslav Pakulin yang mewakili 3 beradik tu berkata, meskipun Mikhail dah mati tapi jika tuduhan jenayah pedofilia dikenakan terhadapnya, ia akan dapat membersihkan nama tiga anaknya itu.

Daripada mula dah jelas yang tiga beradik ini hidup dengan gangguan psikologi dalam jangka masa panjang. Mereka berhadapan dengan keganasan bertahun-tahun lamanya. Malah, pakar forensik sendiri dah sahkan.”

Jelas menunjukkan mengapa mereka tidak minta bantuan dan larikan diri dari bapa. Mereka sentiasa takut nyawa terancam.”

Tindakan Mikhail Khachaturyan telah merosakkan kesihatan fizikal dan psikologi tiga gadis ini.”

Kes kini masih dalam siasatan.

Baca: “Dorang ni sampah!” – Ibu Bapa Tergamak Pukul Bayi Usia 15 Hari Sampai Mati Sebelum Sorok Mayat Dalam Bagpack

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!