in

“Elakkan dari kawan negatif” – Lelaki Singlet Putih Kini Jadi Influencer, Kongsi Nasihat Kepada Anak Muda

lelaki singlet putih influencer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan video pergaduhan di kedai runcit yang tular di media sosial, lelaki singlet putih ini sekelip mata menjadi seorang influencer yang dikenali ramai.

Dikenali sebagai lelaki singlet putih atau nama sebenarnya Inthiran, dia kini dilihat menerima banyak tawaran untuk mempromosikan sesuatu produk termasuklah mencuba makanan di restoran.


Kongsi nasihat kepada anak muda

Inthiran baru-baru ini berkongsi nasihat kepada golongan muda untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti negatif yang boleh membinasakan diri.

Artikel berkaitan: Lelaki Singlet Putih Tampil Mohon Maaf, Beri Penjelasan Di Sebalik Video ‘1 by 1 Gentlemen’

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia menasihati anak muda agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok.

“Anak-anak muda perlulah bekerja keras untuk mengharumkan nama keluarga, masyarakat dan negara. Anak-anak muda adalah harapan negara pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, dia turut menasihati orang ramai agar mengelak daripada berkawan dengan rakan-rakan yang negatif seperti mengajak melakukan perbuatan yang memudaratkan.

Inthiran mengakui kesalahan yang telah dilakukan olehnya sebelum ini apabila rakan-rakannya sering mengajaknya untuk meminum minuman keras.

“Selepas ini saya memang tak nak campur dengan kawan-kawan macam ini, jadi saya nak kembali seperti asal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Inthiran juga berkongsi sedikit latar belakangnya. Dia rupanya memiliki sijil diploma dalam bidang Logistic and Supply Chain di Politeknik Seberang Perai dengan CGPA 3.73.

Dia juga menyukai aktiviti-aktiviti sukan dan seni mempertahankan diri seperti karate, bermain gimnasium, tracking serta banyak lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai juga yang memberikan sokongan positif kepada Inthiran untuk teruskan apa yang dilakukannya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.