Normallah kalau seseorang peniaga itu ada interaksi dengan pelanggan di media sosial, selain daripada menambah mutu kualiti peniaga atau servis yang disediakan ia juga dijadikan sebagai langkah untuk peniaga itu raih kepercayaan terhadap pelanggan.
Perkara yang diramah mesrakan itu bukanlah apapun, hanya sekadar respon pasal hantaran makanan dan bertegur sapa sahaja tidak lebih daripada itu. Tapi tak tahu pula suami pelanggan kepada ejen takaful Adzren Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Papayen ini tak suka.
Artikel berkaitan: “Kau resign je la” – Ejen Takaful ‘Sound’ Rakan Sekerja ‘Umpan’ Prospek Guna Pelaburan
Artikel berkaitan: “Jangan kata netizen, ejen pun melenting” – Perli Tukar Duit Raya, Ejen Takaful ‘Sound’ Balik Geng Sendiri
Kisahnya, pelanggannya ini merancang nak ambil pelan takaful untuk anaknya menerusi khidmat Papayen, tiada topik lain yang dibualkan selain topik takaful yang mereka bincangkan.
Bagaimanapun, nak dijadikan cerita, Papayen adalah bertegur sapa dengan pelanggan-pelanggannya menerusi WhatsApp Story mereka termasuklah wanita ini, dia menyatakan yang dia suka melihat hantaran video sandwich yang nampak menyelerakan. Malah pelanggan tersebut juga ada beri respon WhatsApp story miliknya itu.
Tanpa diduga, dia menerima mesej yang berbaur makian dan ancaman kepadanya dan ia dikatakan daripada suami pelangganya hanya kerana teguran ringkas yang diberikan olehnya.
Jelas Papayen menerusi profil Thread miliknya, dia menuntut permohonan maaf daripada individu tersebut kerana menyerangnya secara membabi buta.
“Malaysia ni ada undang-undang
Jangan suka-suka nak serang orang
Jangan suka-suka nak ugut orang
Jangan suka-suka nak maki orang
Tanpa sebab..”
“Kesimpulan aku mudah:
1) Jantan cemburu buta & panas baran
Tolong jangan bernikah dan membiak.
2) Jantan yang selalu syakwasangka dengan isteri ada lelaki lain, biasanya dia yang curang dan ada betina lain.
Itu pendapat aku dan muktamad.
Jangan argue, aku tak nak balas.
Sebab aku yang kena, bukan kau.
Yang Akan Report Polis,
PAPAYEN.”
Menyedari kekhilafan dari pihaknya, si isteri yang sepatutnya menjadi pelanggan Papayen memohon maaf kepadanya dan menjelaskan bahawa suaminya itu seorang yang cemburu melampau dan malu dengan tindakan suaminya itu.
Papayen bagaimanapun bersikap tegas dan enggan untuk berurusan dengan wanita tersebut dan menyarankan agar dia mencari ejen wanita lain. Biarpun wanita tersebut mahukan dia sebagai ejen, Papayen tetap dengan pendirian menolaknya.
Menurut Papayen, dia kini dalam proses untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut atas ugutan itu dan dia sedang mendapatkan nasihat daripada pengurus dan peguamnya.
“Saya tengah dapatkan nasihat manager dan lawyer saya. Sebab saya nak buat explanation by video. Tapi sebab saya dah kena fitnah oleh beberapa individu dalam ni, saya kena tambah info lain dalam video tu nanti, bukan explanation isu ni sahaja.”
“Before video tu, saya sertakan conversation daripada client (wife dia) untuk anda faham yang saya tak salah dan dia mengakui sikap suami dia yang cemburu buta.”
Jelas Papayen lagi, ini bukanlah pertama kali dia terkena ancaman sebegini katanya, malah dia boleh tunduk terkena ancaman ini saat dia masih baru tetapi kini dia tidak akan berdiam diri lagi kerana niatnya hanya mencari rezeki bukannya menggoda isteri orang.
Sumber : Thread