in

“Ego betul, tak tahu tanya”- Wanita Kecam Wartawan Tulis Berita Banjir Termenung Sekali Kena ‘Tarbiah’…

Page Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila zaman dah makin maju ni, semua benda dapat tahu dihujung jari. Dapat tahu berita pun dari portal online, macam Lobak Merah… Eh? Hihihi…

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pengguna media sosial yang selalu bersikap serkap jarang dengan membuat andaian sendiri tanpa bertanya dulu.


Seperti semalam, seorang wanita dikecam oleh warganet kerana komen yang ditulis di salah satu portal yang berkaitan dengan banjir. Yakin pulak tu suruh wartawan bancuh kopi dulu sebelum menulis. Amboi…

Kecam

Itulah pentingnya Bahasa Melayu…

Ternyata komen wanita itu mendapat perhatian orang ramai kerana cepat mempertikaikan kesalahan orang lain tanpa mengetahui salah sendiri.

Malah ada beberapa tweet dari netizen yang menjelaskan maksud sebenar ‘banjir termenung ini’. Patutlah bila scroll Twitter semalam, ramai bercakap pasal istilah ni… Tapi, tweet bawah ni yang menarik perhatian min.

“Buat yang baru nak kenal banjir, banjir termenung itu maksudnya air bertahan dan lambat surut. Istilah itu memang dah lama wujud” – Kapsyen

Wah, setepek je lelaki ni tegur kat kapsyen!

Replies kepada tweet tersebut juga menunjukkan orang ramai bertanya tentang perkataan-perkataan lain yang mengelirukan mereka sebelum ini. Haa, kan bagus macamni… Tanya dulu sebelum yakin untuk tulis komen.

Komen

Disebabkan itu, min harap semua banyakkan buat rujukan terlebih dahulu yaa sebelum nak bagi komen atau apa-apa statement. Bukan apa, nanti diri sendiri yang malu bila kena kecam.

Rupanya, istilah ‘air genang’ dan ‘air pegun’ pun boleh digunakan untuk describe keadaan ‘banjir termenung’ ni lah… Wah!

Baca: [VIDEO] Pakar Meteorologi Dedah Amaran Banjir Besar Rupanya Tak Dihiraukan Wartawan?

Page Reporter

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.