in

“Eee JAKUN nya! We’ll be like..” – Pemuda Orang Asli Ni ‘Tepis’ Skeptikal Orang Suka Guna Ayat “Jakun”

Orangasli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Eeee, JAKUNnya kau!”


“Tak payah nak BATAK like sangat!”

“Perangai macam SAKAI”

Korang tahu tak sebenarnya ayat-ayat yang digunakan ini sebenarnya dianggap biadap? Untuk pengetahuan korang, ayat-ayat ini merupakan satu penghinaan sebab ketiga-tiga istilah ini merupakan suku kaum orang Asli.

Tak sangka dah masuk tahun 2019, masih ada lagi yang anggap orang Asli ini  tinggal di pendalaman dan kolot. Sebenarnya ada antara mereka yang jauh lebih maju berbanding kita tau!

Buktinya pemuda dari suku kaum orang asli, Jakun ini kongsikan gambar keluarga dan penjelasan tentang suku kaum orang Jakun. Jadi, tak payah lah guna ayat ni lagi sebab silap-silap mereka jauh lebih lawa dan ada di sekeliling kita.

 

JAKUN (Orang Asli). Alaaa..Yang korang dok hina hari-hari tu”

Asli

 

Untuk pengetahuan, orang asli terbahagi kepada 3 jenis kaum, NEGRITO, SENOI dan MELAYU PROTO. Jakun ni tergolong dalam suku kaum Melayu Proto.

Baca lagi penjelasan disini..

 

Malaysians tak banyak tau pasal JAKUN..Kegunaan bahasa harian, orang anggap JAKUN ni sebagai puak primitif, ketinggalan zaman dan tak moden.”

Jakun
Sumber : twitter

 

Guys, FYI – ade jugak yg dah duduk pindah Cheras, Pandan Indah etc. Muka pun dah berevolusi”

Jakun2

Jangan salah anggap apa yang dia cuba sampaikan, bukan nak kata orang Asli urban sangat, tapi dia cuma nak sampaikan bahawa mungkin sekarang ini kita dikelilingi orang kaum ini, jadi kalau boleh jagalah percakapan tu.

Mungkin dah rasa terlalu offended dengan penggunaan kata-kata harian yang orang kita gunakan, dia kongsikan gambar keluarga mereka.

Ye lah, sebab ramai orang suka ‘judge’ penampilan seseorang macam orang asli, dimana ia seolah-olah hina sangat di mata kita kan?

 

This are my big happy family!”

Jakun3 1 Jakun4 Jakun5 Jakun6 Jakun7 Jakun8

 

This is me. Im not that f*cking gorgeous, but manis tu ade sikit la. Herghhh!”

Jakun9

Kadang-kadang bila mereka terasa, ada pula yang nak melenting jika ditegur, mereka anggap tak boleh terima gurauan.

Tapi kalau kita ada di kedudukan dia, pasti kita juga akan tersinggung. Baca luahannya ni.

“And i feel like, I have to validate myself to be among u the Malays and this is sad. We are human and nobody should insult nobody’s race.

Even dulu kat sekolah, Ustaz ade share ayat ni kat uncle and to the rest of the class – SO THAT WE RESPECT EACH OTHER. MashaAllah, sometime u guys mengutuk orang asli eh..i just cant!

And when i got offended, orang Melayu marah tau. Dia panggil i Dingo. But Dingo tu apa?

Nice…ORANG ASLI GOT OFFENDED BY THE WORD JAKUN AND BEING CALLED A DINGO. Dingo is a “native” dog. Sampai anjing pun kena native gak. Takleh chihuahua ke, german sheperd ke”

Jadi, harap perkongsian ini dapat membuka mata kita semua untuk lebih berhati-hati dalam pertuturan, istillah Jakun ini bukan satu perkara biasa, ia sebenarnya adalah penghinaan bagi mereka.

Baca : “Nak celebrate merdeka tapi orang asli ditindas…”

Omg 2

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.