in

“Edit ke ni?” – [VIDEO] Bandar KL Sunyi Sepi? Tiktok Lelaki Undang Persoalan Netizen

ssgafsDA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuba bayangkan di waktu pagi yang hening, korang bangun untuk pergi ke tempat kerja dan mendapati tiada satu orang ataupun kenderaan berada di atas jalan. Kalau min sudah tentu panik ketakutan!

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan sebuah video yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki merakam suasana di sebuah bandar sehingga meraih perhatian netizen!


Bandar KL sunyi sepi?

Sebuah video yang berdurasi 33 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan suasana di sekitar bandar Kuala Lumpur yang menjadi sunyi sepi dan tiada satu orang mahupun kenderaan yang melintasi kawasan tersebut.

@harzachvfx

Mana semua orang?

♬ original sound – AkuKeseorangan – ???????

Menerusi video itu, lelaki terbabit mengatakan yang dia sudah berjalan di sekitar bandar dan masih tidak menjumpai sesiapapun sehingga mendatangkan tanda tanya berkenaan keberadaannya di sana.

“Aku dah pusing kawasan ni tapi masih tak jumpa pun seorang manusia. Mana semua orang ni?”

Video seterusnya turut dikongsikan iaitu situasi di Bukit Bintang yang sangat sunyi dan tidak masuk akal sekiranya tiada orang memandangkan kawasan tersebut sangat sinonim dengan pusat tarikan pengunjung untuk membeli-belah.

@harzachvfx

Replying to @hafeedzhimself kemana aku nak pergi lepas ni?

♬ original sound – AkuKeseorangan – ???????

Undang persoalan netizen, ada yang kata edit dan dirakam waktu PKP?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi dan pandangan berkenaan video tersebut. Ada yang kata video itu telah diedit dan ada juga yang kata ia dirakam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pada dua tahun lepas.

Namun, ada juga yang mendakwa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam dimensi lain sehingga menyebabkan dia tidak melihat sesiapapun di sana. Biar betul?

Video tersebut meraih 900,000 tontonan dengan 50,000 likes hanya dalam masa sehari.

Screenshot 2022 11 04 at 3.02.47 PM

Screenshot 2022 11 04 at 3.04.45 PM

Screenshot 2022 11 04 at 3.04.59 PM

Sebelum ini juga, pernah tular di media sosial satu situasi yang sama di luar negara apabila seorang lelaki berkongsi beberapa video mengenai bandar di Sepanyol yang dilihat sunyi

Dia turut mendakwa dia adalah seorang time traveller dari tahun 2027 dan memberi amaran bahawa pada tahun tersebut, tiada lagi manusia di muka bumi kecuali dirinya.

@unicosobreviviente

Responder a @santiimp_

♬ Tiktok Terror – HarryDj

Kalau betul-betul edit, min memang salute dengan kreativiti dan usaha lelaki ini! Korang rasa edit ke atau memang betul?

Baca: Mengaku Sebagai ‘Time Traveller’, Lelaki Ini Dakwa Dunia Akan Tenggelam Pada Tahun 5000 Sebab ‘Global Warming’

Screenshot 2022 11 04 at 3.13.18 PM

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.