in

“Eden banggo!” – Anak Jati Nogori Cipta Tudung Pakai Buang Untuk Pembedahan, PERTAMA di Dunia!

Doktor Tudung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin ramai rakyat Malaysia yang mengharumkan nama negara di mata dunia tak kira dari segi pencapaian pendidikan, sukan dan macam-macam lagi.


Terbaru, seorang doktor wanita berjaya mencipta sesuatu untuk wanita Islam dalam dunia perubatan. Menurut BBC, anak jati Seremban ini telah mencipta tudung pakai buang yang pertama di dunia untuk digunakan ketika melakukan pembedahan.

Tudung1
sumber: bbc

Inovasi ini dicipta oleh Doktor Farah Roslan yang kini berkhidmat di Royal Derby Hospital. Katanya, idea ini terhasil apabila dia berasa bimbang dengan serangan jangkitan kuman dan virus menerusi tudung yang dipakainya setiap hari ketika bertugas di dalam dewan bedah.

Saya menggunakannya (tudung yang sama) sepanjang hari, sudah tentu ia tidak bersih dan ideal.”

Saya tidak selesa untuk menanggalkan tudung dan saya diminta keluar dari dewan bedah atas tujuan kawalan jangkitan.”

Doktor
sumber: google

Jadi, Doktor Farah pun terfikir untuk mencipta sesuatu yang sesuai tetapi masih lagi menepati syarak dan menutup aurat. Idea itu tercetus sewaktu dia bertugas sebagai pelajar perubatan di University Hospitals of Derby dan Burton NHS Trust.

Walaupun hospital menyediakan skaf penutup kepala namun Doktor Farah tidak mahu mengabaikan tanggungjawab terhadap agama. Jadi, kini dengan terciptanya tudung pakai buang itu dia tidak perlu risau kerana sambil menjaga aurat dia juga dapat pastikan persekitarannya sentiasa bersih.

Saya gembira dan berharap kami boleh mengusulkan penggunaannya di peringkat nasional.”

Tudung2
sumber: bbc
Tudung3
sumber: metro

Penyelia tugasannya di hospital telah memberikan kepercayaan kepada Doktor Farah untuk hasilkan tudung itu namun setakat ini ia masih belum diwar-warkan dan digunakan secara meluas.

Tudung itu tidak melibatkan kos yang banyak dan diharapkan ia akan memberi kesan yang besar dan memberangsangkan.”

Baca: Cinderella Sukan SEA 2019 : Kisah ‘Budak Gantian’ Haiqal & Kisona Yang Ramai Tak Tau

Featured 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.