Hari ini, Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan Eda Ezrin, suami serta empat lagi rakan mereka daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Difahamkan, Eda Ezrin masih perlu berada di penjara sekurang-kurangnya sebulan sehingga empat bulan.
Artikel berkaitan: “Kami buat solat hajat” – Keluarga Eda Ezrin Gelisah Tunggu Keputusan Mahkamah Narathiwat
Artikel berkaitan: “Tanya bila ibu nak balik” – Eda Ezrin Kongsi Anak Diejek Di Sekolah Kerana Ibu Masuk Penjara
Peguam yang mewakilinya, Sufian Abdul Aziz berkata, ia bagi menunggu sekiranya pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dibuat hari ini.
“Untuk kesemua tiga pertuduhan sudah dianggap selesai hari ini di mana anak guam saya bebas atas pertuduhan memiliki sejumlah pil yaba.
Namun mereka perlu berada di penjara sekurang-kurangnya sebulan sehingga empat bulan bagi menunggu sekiranya pihak pendakwaan mahu memfailkan rayuan untuk keputusan hari ini.
Namun jika sebulan sudah tamat, pihak pendakwaan boleh membuat rayuan pada bulan kedua.
Namun kebiasaannya pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau memberitahu sekiranya rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaan selepas ini memihak kepada anak guamnya sebagaimana hari ini, maka kes berkenaan dianggap selesai sepenuhnya.
Sumber: Harian Metro