in

“Dulu tenang je…” – Penduduk Berang Geng ‘Mat Rempit’ Cemarkan Bandar Elmina

mat rempit elmina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan mat rempit sering menjadi bahan cemuhan ramai kerana ‘hobi’ mereka yang dianggap mengganggu ketenteraman awam.

Baru-baru ini, kehadiran sekumpulan penunggang motosikal yang memenuhi jalan raya di sekitar kawasan Bandar Elmina, Sungai Buloh, Selangor di siang hari telah mencetuskan kemarahan orang ramai.


Menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi X, kelihatan lambakan mat rempit berkumpul di tepi-tepi jalan selain ada yang bergerak berkumpulan secara perlahan di sekitar kawasan perumahan berkenaan tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.

Artikel berkaitan:  13 Mat Rempit Dibawa Ke Surau Lepas Ditahan, Dengar Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah

Artikel berkaitan: Tular Video Geng Rempit ‘Berjemaah’ Guna 2 Lorong Lawan Arus, Ini Puncanya…

Situasi itu bukan sahaja mengundang kecaman netizen, malah mereka yang tinggal di sekitar Elmina turut meluahkan rasa kecewa kerana ketenteraman kawasan itu sudah tidak seperti dulu.

Beberapa pengguna media sosial yang juga penduduk di Elmina mengadu kumpulan mat rempit akan melakukan aktiviti lumba haram yang menjadi acara setiap hujung minggu.

Screenshot 2024 10 25 162338 Screenshot 2024 10 25 162408 Screenshot 2024 10 25 162430 Screenshot 2024 10 25 162456

Sime Darby ambil tindakan

Sementara itu, Sime Darby Property Bhd (SDP) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung lambakan mat rempit di sekitar bandar berkenaan.

Katanya, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak polis bagi melaksanakan penguatkuasaan.

“Kami ingin memberi perhatian kepada penduduk yang terkesan dengan lambakan mat rempit terutamanya di Perbandaran Elmina West bahawa kami memandang serius perkara ini dan sentiasa bekerjasama rapat dengan IPD Shah Alam dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

“Polis Bantuan kami akan terus melakukan rondaan di lokasi tumpuan dan bekerjasama dengan IPD Shah Alam untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Gap4uj5bYAAodB0

Harap isu ini dapat dibanteras dengan segera. Sayang tempat cantik dicemari budaya rempit.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.