in

“Dulu rambut panjang marah, sampai banned” – Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL

ft sharnaaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cukup lantang dalam memberikan pendapat dengan ayat-ayat pedas dan makan dalam, siapa lagi orangnya kalau bukan Sharnaaz Ahmad. Sudah semestinya pelakon utama drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini ambil cakna mengenai isu lelaki berpakaian wanita dalam Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).

Disebabkan itu Sharnaaz terpanggil untuk tampil memberikan teguran terhadap pihak-pihak yang terlibat seperti pihak TV dan sekaligus menempelak golongan-golongan tersebut.


Artikel berkaitan : Influencer Pakai Busana Seakan-akan Wanita Di AJL, Netizen Mohon JAKIM Ambil Tindakan Tegas

Artikel berkaitan : Syafiq Kyle & Mimi Lana Didakwa Bakal Berkahwin Hari Ini, Majlis Diadakan Secara Tertutup?

Dalam teguran yang diberikan menerusi Instagram miliknya, dia menyatakan ‘puak-puak’ yang terlibat ini dilihat semakin menjadi-jadi kerana bagi Sharnaaz, yang menggelarkan dirinya Mamu ini menegaskan bahawa dia tidak kisah jika seseorang lelaki itu mempunyai naluri seakan wanita.

“Nak jadi betina ke, jantan ke, itu hak anda, tetapi negara kita ni negara Islam, ada undang-undang, aku tak fahamlah apa nak jadi dengan kita punya media TV, elektronik, ni aku cerita media lah, tak payah cerita Instagram, itu kita tak boleh nak kawal.”

Jelas Sharnaaz Ahmad lagi, dia meluahkan rasa hairan jika dahulu lelaki yang berambut panjang tidak dibenarkan muncul di kaca TV tetapi sekarang lain jadinya.

“Di TV ni, dulu rambut panjang tak boleh, sampai banned, sekarang ni aku tengok AJL, aku bukan nak tunggang cerita ni tapi patutnya perlu cakap lama sangat dah. Makin ramai golongan teringin nak jadi betina ni, jadi artis, jadi pempengaruh.”

Tegas Sharnaaz lagi, tindakan sewajarnya perlu dilakukan agar dapat membendung isu ini daripada semakin menjadi-jadi.

“Puak ni korang tak boleh tegur, diaorang punya mengamuk lain macam.”

Dalam pada itu, Sharnaaz juga menempelak mana-mana pihak yang menormalisasikan lelaki memakai solekan kerana dirinya sebagai artis juga tidak melakukan perkara sedemikian.

“Jangan memandai kata lelaki banyak pakai make up, jaga sikit mulut tu. Lelaki yang betul tak pakai makeup kecuali hari dia kahwin, sebab nak buang minyak, kalau shooting sekalipun, macam aku, aku akan pakai bedak baby tu, tak nak bagi berminyak.”

Selain itu, Sharnaaz turut memberikan nasihat makan dalam kepada peminat artis untuk tidak terlalu obses sampai terikut-ikut cara pemakaiannya.

“Kalau minat dengan artis tu, tak perlu jadi artis tu, minat Aina Abdul tak perlu jadi Aina Abdul. Aina Abdul tu dia memang perempuan, dia nak pakai pokok bunga ke, durian belanda pun atas kepala dia tak ada masalah.”

“Itu dia, dia perempuan, suka hati dia lah. Awak? Apa sahaja ‘aktiviti’ anda, tak perlu harapkan orang suka pada awak.”

Sharnaaz juga turut akui bahawa dia sendiri mempunyai ramai kawan yang ‘sebegitu’ tetapi tegasnya lagi kawan-kawannya itu pun tak bersetuju dengan tindakan mereka. Dalam pada itu, Sharnaaz juga turut mempersoalkan golongan wanita yang menyokong tindakan mereka.

Jelas Sharnaaz lagi, tujuan dia membuat teguran secara terbuka ini adalah kerana bengang dengan tindakan mereka yang mempengaruhi orang lain, kerana ia menjadi tatapan umum termasuk golongan kanak-kanak.

Oleh itu, Sharnaaz menggesa agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas bagi mengawal keadaan sebegini.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.