Urusan pencarian jodoh adalah antara bab yang sensitif dan amat dititikberatkan dalam budaya timur, khususnya masyarakat Melayu di negara ni. Kalau dulu, ibu bapa yang akan mengatur perkahwinan anak-anak mereka.
Tapi zaman dah berubah, kini semua keputusan terletak di tangan orang yang nak mendirikan rumah tangga tu sendiri — dan of course, perlu melalui saringan ketat dari mak ayah terlebih dahulu.
“Kerja apa? Majistret? Asal dari mana?” Bukan apa, kena la buat background check dulu sebelum benarkan anak berkongsi hidup dengan pasangan masing-masing. Manusia ni bermacam ragam kan.
Ada satu kisah benar dikongsi seorang doktor di laman Twitter, yang memberi pengajaran bahawa kebahagiaan telah ditetapkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.
Tapi mereka bahagia tak lama. Masalah rumah tangga berlarutan, sehingga mengundang campur tangan keluarga — lalu mereka bercerai.
Dan Kak Fizah minta selepas ni dia nak cari pasangan dia sendiri.
Nak dijadikan cerita, Kak Fizah ni selalu balik kerja agak lambat. Setiap kali dia balik dari kerja, mesti kena kacau dengan budak-budak kutu jalanan melepak.
Budak-budak ni tak kira petang malam. Selalu melepak sambil berbusking. Masing-masing rokok di tangan.
Tiba-tiba, Kak Fizah tanya “Awak nak kahwin dengan saya tak?”
Semua orang tergamam. Dan Ilham tu jawab ringkas je “Ok kaklong.”
Tak lama kemudian, kerana tak dapat lagi menghalang kemahuan Kak Fizah — kedua-dua mereka pun melangsungkan perkahwinan. Nak dipendekkan cerita pulak, setelah 19 tahun lamanya tak berjumpa tiba-tiba…
Korang rasa siapa? Betul, kutu jalanan yang berkahwin dengan Kak Fizah tu sekarang dah jadi Profesor!
Sebenarnya, setelah mereka berkahwin — Ilham menyambung pengajiannya di luar negara sehingga mendapat PhD dan kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah Universiti terkemuka di Malaysia.
Bayangkan, by a simple twist of fate — hidup seorang kutu jalanan berubah menjadi seorang individu yang berjaya. Sebab tu jangan kita suka-suka nak pandang rendah orang lain, sebab kejayaan dan kebahagiaan tu semua milik Allah.