in

“Duit tak boleh beli bakat”- 2 Minggu Dilabel Tak Boleh Menyanyi, Iqbal Akhirnya Tersingkir

fi iqbal tersingkir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perjuangan usahawan terkenal, Iqbal Zulkefli dalam rancangan Big Stage 2022 akhirnya terhenti selepas diumumkan tersingkir pada konsert minggu kedua semalam.

Iqbal telah mempersembahkan lagu Ketahuan yang dipopularkan oleh Matta Band pada konsert semalam dan mendapat pungutan markah terendah iaitu sebanyak 9.2% sahaja. Para juri yang terdiri daripada Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta juri jemputan; Aina Abdul masing-masing memberi markah yang agak rendah kepada Iqbal berbanding pada minggu pertama.


“Duit tak boleh beli bakat,” antara komen daripada Ajai untuknya semalam.

Jika minggu lepas dia meraih markah sebanyak 5% daripada Ajai, pada konsert minggu kedua Ajai telah memberinya markah 4% sahaja. Menurut Ajai, Iqbal masih lagi mempunyai masalah tempo sehingga membuatkan nyanyiannya sangat berterabur semasa persembahan minggu kedua semalam.

big stage 2022 162

DSV akui Iqbal tak layak sertai Big Stage 2022?

Selain juri tetap, presiden netizen; usahawan Dato Seri Vida (DSV) juga semalam membuat pengakuan yang mengatakan Iqbal tak layak berada dalam Big Stage. Menurut DSV, kali ini dia menghormati keputusan para juri profesional serta akui bahawa pihak produksi perlu menghidangkan peserta-peserta yang berkualiti.

Manakala dari pihak netizen pula, ramai yang bersetuju dengan komen Ajai bahawa pentas Big Stage bukan untuk Iqbal. Ada juga segelitir yang kesian melihat Iqbal seperti dijadikan bahan lawak pada setiap minggu konsert tersebut diadakan.

Takpe Iqbal, boleh cuba improve lagi untuk masa akan datang. Kalau bukan untuk Big Stage pun, manatau lepasni keluarkan lagu baru pula kan?

Baca: Dia bukan tak ada vokal langsung-Pihak Produksi Respon Isu Iqbal Sertai Big Stage

baca iqbal

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.