in

“Duit juta-juta nak buat lapik jenazah? Nak rasuah malaikat Munkar dan Nakir?” – Datuk Ayob Khan

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gejala rasuah dikalangan sebilangan anggota polis bukanlah perkara yang baru dipersoalkan, malah ia turut mencalarkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah, sejak akhir-akhir ni ada je berita mengenai penglibatan polis dalam kegiatan jenayah. Walaupun ia perkembangan positif di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Hamid Bador namun ada juga yang kurang senang.


Bribe Rasuah Bribery Money Ringgit Malaysia Fmt 20082020 10

Keberanian Hamid Bador untuk menentang gejala tak sihat dikalangan pegawainya turut disokong oleh pegawai-pegawai lain termasuklah Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ketua Polis Johor yang baru dilantik ini memang terkenal dengan ketegasannya selepas lama mengemudi cawangan anti-keganasan, lapor Awani.

Kita nampak ramai orang kritik Tan Sri Abdul Hamid, tetapi kalau dilihat beliau dari dulu hingga sekarang, bagaimana dia membawa isu 1MDB sehinggalah beliau dikeluarkan, dan dia masuk balik.

“Lebih baik dia pergi berkebun dan sebagainya, tetapi dia masuk balik (polis). Dari segi integriti dan keikhlasan, Tan Sri Abdul Hamid tiada siapa boleh pertikaikan

Kl19 131019 Pc Bn201910124115 T5Da2A7Ac M600

Ayob melihat visi dan misinya seiring dengan apa yang dibawa oleh Ketua Polis Negara dan bertekad untuk teruskan hasrat murni bersama.

“Kita kena betulkan, kena mula buat tindakan tegas untuk pastikan yang tiada integriti, terlibat dengan rasuah perlu diambil tindakan tegas tidak kira apa pangkat mereka.

“Rakyat tidak bodoh, semua orang sudah tahu. Tetapi sampai bila ia mahu dibiarkan begitu? Apabila sampai hari di mana polis tidak lagi boleh dipercayai, kepada siapa rakyat mahu berharap untuk memastikan negara ini kekal berada dalam aturannya?”

Tambahnya lagi, dalam mengembalikan kredibiliti polis, seluruh anggota perlu berani berdepan dengan “syaitan” dalam diri mereka.

Yang paling saya pegang, kita ini sebagai orang Islam, berapa lama sahaja kita akan hidup? Kita akan mati, mungkin hari ini, mungkin esok, atau mungkin sebentar lagi.

“Duit banyak-banyak tu nak ke mana? Takkan nak ambil duit berjuta-juta itu buat lapik jenazah kita masuk dalam kubur? Ataupun nak rasuahkan malaikat Munkar dan Nakir? Tidak…”

Beliau tidak mahu lagi orang mencebik muka apabila bercakap tentang polis, dan beliau yakin martabat polis akan kembali diangkat di bawah kepimpinan Hamid Bador.

 

Baca: “Itu cuma thank you gift” – Polis Nafi Ambil 2 Kampit Bawang Sebagai Rasuah Bagi Pemandu Lori ‘Lepas’ Daripada Saman RM1000

Screenshot 2021 04 06 At 12.04.14 Pm

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.