in

“Duit dia suka hati dia lah” – Lelaki Kutuk ‘Design’ Banglo Usahawan Dodol, Tapi Kena Hentam Dengan Netizen

Feature 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kaya sememangnya mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Kadang-kadang, citarasa mereka ini lain daripada yang lain sehinggakan kita rakyat marhaen ini tidak faham tentang konsep dan citarasa mereka.

Seperti kisah sebuah banglo milik usahawan dodol dan serunding di Pasir Mas, Kelantan, banglo yang berkonsepkan Bollywood ini telah dikecam oleh netizen di Twitter.


Rumah Dodol 3

Bagi mereka, konsep rumah yang dicat hijau ini nampak pelik.

Eh, suka hati tuan rumah lah nak buat warna dan konsep apa sekali pun. 

Namun, lelaki ini telah dikecam semula oleh netizen sebab ramai yang kata sekurang-kurangnya tuan rumah ada duit dan mempunyai banglo idaman sendiri. Betul jugak tu, bukannya tuan rumah buat benda tak elok pun.

 

Rumah Dodol 1

 

Rumah Dodol 2

Namun, rupanya banglo milik pasangan suami isteri usahawan dodol ini ada kisah tersendiri. Menurut perkongsian netizen lain pula, Hazrey, di Twitter, banglo ini telah dibina oleh pasangan Haji Sulaiman dan Wan Sabariah Wan Ali setelah 40 tahun berniaga pada tahun 1987.

Haji Sulaiman telah menyerahkan tugas mereka dan menghias rumah tersebut kepada isterinya kerana dikatakan mahu memuliakan isterinya.

Wan Sabariah yang telah meninggal dunia pada tahun 2016 dikatakan amat meminati emas dan warna hijau. Patutlah konsep rumah diorang macam tu. 

Tak payah lah gaduh pasal banglo orang. Kalau kita gaduh pun, tak dapat apa pun. 

 

Baca: “Jarang sangat lah flex kekayaan dia tapi..” – Selain Jam, Netizen Terkedu Bila Tahu Harga Tayar Basikal Tok Ti 

Tokti

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.