Kes penderaan remaja kelainan upaya (OKU) yang dikenali sebagai Bella amat memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan sehingga ke hari ini kes tersebut masih lagi dalam siasatan.
Kes ini bukan sahaja menarik perhatian selebriti malah keluarga Diraja juga amat cakna dengan kes ini, baru-baru ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoal ke mana perginya pemimpin politik di negara ini yang seakan ‘sunyi’ bersuara berhubung isu penderaan terhadap remaja OKU tersebut.
Tunku Ismail dalam laman Instagramnya berkata tindakan itu telah menimbulkan syak wasangka dan kelihatan seperti ada pemimpin politik tertentu yang terlibat dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
“Berkenaan kes Bella, mana pergi semua ahli politik yang ‘so called pro-human rights’ ni semua? Senyap aja.
Ada apa-apa kaitan dengan Rumah Bonda ke?” tulisnya.
Pada masa sama, baginda juga mempersoal sama ada rumah jagaan itu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.
“Adakah beberapa rumah ini semua digunakan pihak-pihak tertentu untuk pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia?
Dua-dua belah senyap,” tulisnya dalam Instagram.
Sebelum ini, Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk membincangkan soal pembelaan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down itu yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.
Baca: #JusticeforBella: TMJ Pula Bersuara, Tawar Khidmat Peguamnya Secara Percuma Untuk Kes Bella