Dua blok di pangsapuri yang terletak Taman United, Seputeh, Kuala Lumpur yang melibatkan 104 unit rumah diarahkan untuk dikosongkan berikutan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan cerun yang berhampiran lokasi terbabit hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada 11.02 pagi berkaitan dengan runtuhan cerun sepanjang kira-kira 60 meter.
Artikel berkaitan : Hanya Mampu Berpelukan Ketika Rumah Tiba-tiba Bergoyang & Mangsa Terselamat Kejadian Tanah Runtuh
Artikel berkaitan : Datuk Yusof Haslam Sudah Jangka Tanah Runtuh Bakal Berlaku, Sanggup Keluar Duit Poket Pasang Tembok Penahan

“Dua kereta dan beberapa motosikal terjejas akibat kejadian terbabit. Runtuhan tanah tersebut telah memasuki kawasan pangsapuri berkenaan.”

Armdan berkata, hasil perbincangan di lokasi bersama wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sebanyak 2 blok serta premis berhampiran diarahkan untuk dikosongkan.

“Ia berikutan masih terdapat pergerakan tanah dan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.”
“Pihak bomba masih berada di lokasi bagi memantau sebarang pergerakan tanah.”
Sumber : Sinar Harian
