in

Dua Beranak Kesempitan Wang Hanya Makan Bubur Kosong Sekali Sehari & Kutip Sayur Tepi Jalan

Ft Buburkosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana kesempitan wang, dua beranak hanya mampu makan bubur sekali sehari dan kutip sayur-sayur di tepi jalan. R Suganthi, 53, dan anak perempuannya, M Lalithambiga, 33, terpaksa harungi keperitan itu dan rutin tersebut sudah dilalui mereka sejak dua tahun lalu.


Menurut Sinar Harian, Suganthi telah hilang pekerjaan sebagai pengawal keselamatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini mereka berdua hidup menumpang di rumah rakannya.

Susah1

Dia akui pada mulanya memang berasa malu untuk meminta bantuan namun keadaan memaksanya kerana tidak sanggup melihat anaknya itu yang menderita sakit tulang belakang tidak makan dan minum.

Sepanjang dua tahun ini, kawan-kawanlah yang banyak bantu, ada yang beri duit dan ada juga belikan barang dapur untuk kami dua beranak makan, jadi dengan bekalan makanan itulah kami berjimat.”

Kami makan hanya satu kali sehari, itu pun bubur nasi kosong yang dicampur dengan bawang dan cili goreng, biasanya kami akan makan lewat dalam jam 4 ke 5 petang supaya dapat alas perut sampai ke malam.”

Bubur

Dia juga akan mengutip tumbuhan yang boleh dijadikan sayur di tepi-tepi jalan sekitar kawasan rumah kerana tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan dapur.

Menurut Suganthi, anaknya itu terlibat dalam kemalangan pada tahun 2011 menyebabkannya hilang ingatan dan kesan sampingan terhadap kesihatan sehingga tidak mampu bekerja.

Selagi boleh bertahan, saya akan bertahan… sebenarnya saya tidak kisah kalau saya tak makan, tetapi bila mengenangkan keadaan anak yang sakit tidak makan, hati saya sedih, rasa seperti ibu yang tidak berguna.”

Selepas diminta keluar dari rumah sewa dulu, saya tinggal di rumah rakan, kebetulan rumah itu mahu dijual tetapi belum ada pembeli, jadi saya tinggal di sana.”

Susah2

Selepas itu, rakan saya tawarkan duduk di salah satu rumahnya di Ipoh, sudah enam bulan kami tinggal menumpang di sini, selepas ini tidak tahu ke mana pula arah hidup kami.”

Dia berharap agar ada pihak tampil memberi bantuan terutamanya menyediakan rumah sewa supaya dapat tinggal dengan lebih selesa bersama anaknya.

Difahamkan Yayasan Era Suria (YES) dan Srikandi Perak telah menyampaikan bantuan kewangan dan beberapa barangan keperluan dapur terhadap dua beranak itu.

Baca: “Dia ckp takde duit nak makan” – [VIDEO] Ibu Terpaksa ‘Offer’ Phone Untuk Dijual, 4 Anak di Rumah Belum Makan

Ft Jualphone

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.