in

“Drama Queen, kesian rakyat jadi mangsa” – Syed Saddiq Mohon Sumbangan Untuk Bayar Wang Ikat Jamin, Ini Respon TMJ…

Ft Syed Mohon Bantuan Tmj Respon

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memohon sumbangan daripada orang ramai bagi membantunya melangsaikan ikat jamin serta yuran guaman. Ia berikutan dua pertuduhan pecah amanah terhadapnya yang membabitkan lebih RM1.1 juta.

Melalui sebuah video, Syed berkata dia memerlukan bantuan untuk membayar ikat jamin yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen sebanyak RM330,000.

Katanya, gajinya selama tiga bulan telah dihabiskan bagi membantu rakyat yang terkesan kerana Covid-19 di Muar dan dia juga bukanlah datang daripada keluarga yang kaya.

Saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti…ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.”

Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar.”

 

Terima pelbagai respon daripada netizen. TMJ turut komen

Sesi live di Instagram dan Facebook ahli parlimen berusia 29 tahun itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun, paling menonjol adalah komen daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui posting di mStar.

Drama Queen. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.”

Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah peliharakan rakyat dan negara.”

Komen1 1

Komen TMJ itu turut mencuri tumpuan netizen yang lain dan masing-masing sempat memberikan pandangan masing-masing berhubung kenyataan Syed Saddiq. Ada yang terima video tersebut dengan positif namun rata-ratanya memberi komen menghentam tindakan beliau kerana meminta pada rakyat di saat masing-masing sedang terhimpit disebabkan Covid-19.

Image From Ios 4

Komen 3

Menurut Awani, Syed Saddiq diminta untuk membayar wang jaminan selewat-lewatnya pada Selasa minggu hadapan. Tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes ditetapkan pada 10 September depan untuk penyerahan dokumen.

Baca: Syed Saddiq Dedah ‘Rahsia’ Berjaya Kutip RM1.4 Juta Dalam Masa 6 Bulan

Ss

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar