in

“Dr Mahathir akan jadi orang pertama demam kalau saya jadi PM” – Anwar Ibrahim

Tun M Demam Anwar Jadi Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara dua individu yang amat disegani ramai dalam dunia politik.


Kedua-dua mereka pernah berganding bahu mengemudi negara pada tahun 90-an dulu, namun semuanya berubah selepas Anwar dimasukkan ke penjara pada tahun 1999 dan kemudian muncul sebagai Ketua Pembangkang melawan Kerajaan.

2020 02 24 87242 1582527903. Large

Tun M orang pertama demam jika Anwar jadi PM? 

Menurut Berita Harian, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya semasa Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang semalam dengan sinis bergurau, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah orang pertama yang akan ‘demam’ sekiranya beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau (Dr Mahathir) menjadi orang pertama yang akan ‘demam’ kalau saya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November nanti.

“Bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CkpLe_Is8uK/

Tambah Anwar, selama ini beliau juga sudah banyak bersabar dengan bekas PM tersebut selepas mendapati Tun Mahathir terus mencampuri urusannya.

Paling terbaru beliau (Tun Mahathir) tidak menyokong PH kerana kata kita bekerjasama dengan Zahid (Presiden UMNO). 

“Bila saya berbincang dengan Zahid? Bila saya cakap begitu (pakatan antara PH dan UMNO)? Jika ada mana buktinya? 

“Saya telah banyak bersabar dengan beliau tetapi  tetapi sekarang beliau mengatakan bahawa beliau tidak menyokong PH kerana kita bekerjasama dengan Zahid,” katanya lagi.

Anwar pada masa yang sama mengulangi beliau tidak akan sesekali menyokong orang yang terbabit dalam rasuah, walaupun dia akan hilang peluang menjadi PM.

Korang agak-agak siapa yang akan jadi PM 20 November ini? 

Baca: “Kenapa Anwar boleh?” – Anak Najib Razak Pertikai Bapanya Tidak Dibenar Berkempen Dari Penjara

Najibn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.