Pada Ahad malam lepas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur telah menahan 47 orang termasuk 19 anggota PDRM dalam serbuan di salah sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan pada pukul 1 pagi.
Menurut The Star, Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya mengatakan yang kesemua suspek kini sedang ditahan di ibu pejabat polis Dang Wangi sementara siasatan sedang dijalankan.
“Suspek lain termasuk dua pekerja kerajaan, seorang penolong pendaftaran dan seorang askar.
JIPS juga akan mengambil tindakan disiplin terhadap 19 polis yang tak mengikut arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang melarang pegawai polis untuk melawat tempat hiburan dan permainan untuk mengurangkan korupsi dalam pasukan polis.”
Pun begitu, penahanan ini jelas menunjukkan yang masih ada pegawai polis yang ingkar dengan arahan Ketua Polis Negara yang baru saja diumumkan awal tahun ini.
Kalau korang nak tahu, antara 47 yang kena tangkap ni, 8 daripada dorang positif dadah. Tapi admin tak pasti ada ke tak dalam kalangan polis ni yang ditahan positif dadah atau tak.
Baca: Polis Johor Kantoi Ambil Dadah Dalam Balai Tapi Kena Denda RM1,800 Je?