in

“Dorang kata tak perlukan saya” – Penjelajah Laut Yang Jumpa Titanic ‘Offer’ Nak Cari MH370 Tapi Ditolak

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Diam tak diam, dah tujuh tahun berlalu sejak kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 krew hilang dari radar dan masih belum ditemui hingga sekarang.


Penjelajah laut terkenal Bob Ballard telah menyatakan keinginannya untuk turut serta dalam pencarian pesawat ini jika diberikan peluang.

Untuk pengetahuan korang, Bob Ballard terkenal selepas dia berjaya menemui bangkai Titanic pada tahun 1985.

Voyage Of Nightmares And

Namun, walaupun dengan pengetahuan dan pengalamannya ini, dia masih tak diberi peluang untuk menyertai pasukan yang mencari pesawat MH370, katanya ketika ditemubual oleh National Geograpic.

Saya pernah telefon sendiri Australia yang mengendali pencarian itu. Saya cakap walaupun mereka tak nak gunakan aset saya, saya tahu macam mana nak cari benda.

“Mungkin saya boleh bantu dorang dari segi logik tapi dorang kata dorang tak perlukan saya.

“Saya masih berminat dan sanggup untuk pinjamkan intelek saya tapi dorang tak pernah bagi saya duduk semeja.”

Menurut Malay Mail, Bob mengatakan dengan teknologi yang makin maju sekarang ini, ia turut dapat tingkatkan lagi peluang untuk mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Bob Ballard 768X512 1

Usaha pencarian yang terbaru terbukti dengan kemunculan kenderaan autonomi yang boleh membuat pencarian lebih besar di dasar laut dengan kecekapan yang lebih tinggi.

Buat masa ini, penjelajah laut ini kini sedang cuba sekali lagi untuk mencari salah satu kapal Amelia Earhart yang hilang di tengah Lautan Pasifik pada tahun 1937.

Amelia Earhart Cockpit Airplane Lockheed Electra

Percubaan pertamanya pada tahun 2019 gagal namun ia telah memberi peluang kepada Bob dan pasukannya untuk menggunakan peralatan dan teknologi barunya.

Selain itu, Bob berharap akan ada lebih ramai lagi generasi baru yang menunjukkan minat untuk menjadi penjelajah laut seperti dirinya.

Saya nak beritahu generasi seterusnya yang mereka akan dapat temui lebih banyak benda di dalam laut dari generasi sebelum-sebelum ini dengan peralatan dan teknologi yang ada sekarang ini.”

Kalau korang berminat nak tahu rahsia apa yang ada dekat laut dalam dan pengalaman Bob Ballard sendiri cari Titanic, korang boleh tonton dokumentari Bob Ballard: An Explorer’s Life yang akan ditayangkan di National Geographic Channel (Astro CH 551 / Unifi TV CH 508) pada hari Selasa 6 Julai nanti.

 

Baca: Misteri Masih Belum Dirungkai, Esok Genap 7 Tahun Peristiwa Kehilangan Pesawat MH370

Screenshot 2021 06 14 At 3.37.58 Pm

Sumber: Deadline
Sumber: Britannica

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.