in

“Doktor Pidah boleh berhenti meroyan”- Ikan Singgang & Kari Boleh Rawat Covid-19 ‘Hanya Spekulasi’

Feat 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum kecoh dakwaan mengatakan Ikan Singgang mampu untuk merawat Covid-19.


Lebih kecoh lagi bila isu itu dibangkitkan wartawan ketika sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, bagi mendapatkan pengesahan namun ‘dipersoalkan’ oleh seorang doktor yang menganggap soalan itu tidak sepatutnya ditanya pada sidang media tersebut.

https://www.facebook.com/rafidah72/posts/10219210475185860

‘Perang’ antara wartawan, netizen dan doktor tersebut dilihat semakin memuncak bila masing-masing menyuarakan pendapat masing-masing berhubung isu tersebut.

 

Ikan Singgang & Kari mampu rawat Covid-19 hanya SPEKULASI

Namun satu laporan dalam Harian Metro semalam menyatakan yang Ikan Singgang dan kari hanyalah spekulasi merawat Covid-19.

Ikan singgang didakwa mempunyai potensi merawat Covid-19 kerana alasan mengandungi bahan tertentu seperti kunyit dan lengkuas yang boleh melawan mikrob.”

“Masakan kari pula didakwa berkhasiat dan mampu mencegah dan merawat Covid-19 kerana penduduk di India yang suka makan kari setakat ini tiada kes dijangkiti penyakit berkenaan,”

Haha 2

Diatas merupakan kenyataan yang dipetik daripada Pengarah Tropical Infectious Diseases & Education Centre (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang menyatakan setakat ini masih tiada sebarang bentuk kajian dan penyelidikan dibuat ke atas ikan singgang dan kari bagi membuktikan kemampuan keduanya melawan Covid-19.

“Tiada mana-mana pihak yang pernah atau sedang menjalankan kajian klinikal ke atas menu ikan singgang ke atas Covid-19 itu seterusnya tiada pihak yang boleh mengesahkan dakwaan berkenaan.

“Oleh itu, saya meminta supaya menghentikan sebarang maklumat tidak benar berhubung Covid-19 dan memberi tumpuan terhadap langkah pencegahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Prof Dr Sazaly berkata Covid-19 boleh dijangkiti melalui 3 saluran utama iaitu mata, hidung dan mulut.

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk tidak kerap menyentuh bahagian muka selain mencuci tangan pada setiap masa.

 

“Meroyan tak habis”

Manakala bagi netizen, diharap laporan ini boleh menyelesaikan ‘persengketaan’ dengan doktor tersebut…harap-harapnya lah yer!

1 13

 

Baca : Bilalah media kita nak matang Doktor Bengang Wartawan Tanya Pengarah Kesihatan Pasal Ikan Singgang Penawar Coronavirus, Tapi

3 4

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.