in

Doktor Kongsi Kisah Wanita Bersalin Dalam Kereta, Beri Peringatan Buat Bakal Ibu Untuk Bersedia Lebih Awal

Bersalin Dalam Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun ia sebuah kes yang jarang berlaku, namun kemungkinan untuk seorang bakal ibu bersalin di dalam kereta boleh terjadi kepada mana-mana wanita yang sedang hamil.

Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali ramai di aplikasi TikTok, Dr Alpha Zaki ada menceritakan kembali pengalamannya dalam merawat seorang wanita yang bersalin di dalam kereta.


Menurutnya, kes itu berlaku pada jam 3.30 pagi dan bakal ibu itu katanya dalam perjalanan menuju ke sebuah klinik untuk bersalin kerana hospital berdekatan jauh daripada kediamannya.

Tak sempat sampai klinik, terberanak. Tapi nak buat macam mana, benda nak jadi. Saya pun sampailah, tengok dekat seat belakang (ibu) dah riba baby. Baby dah keluar,” katanya.

@alepza11

BBA = born before arrival. Cerita kes oncall. Murah rezeki saya. Itu yang kita risau sebenarnya #dralphazaki

♬ original sound – Alpha Zaki – Alpha Zaki

Menurut Dr Alpha Zaki, dia dan pasukannya kemudian merawat ibu dan bayi berkenaan dengan memotong tali pusat, memeriksa keadaan bayi jika ada kecederaan dan sebagainya.

Mujurlah bayi dan ibu pun menurutnya dalam keadaan baik-baik sahaja dan tiada komplikasi serius yang terjadi kepada mereka.

Bila terjadi kes BBA, born before arrival kita akan inform kepada dua jenis doktor, doktor O&G dan doktor pediatrik,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: Bangunan Tiada Lift, Ibu Mentua Upah Kren Untuk Bawa Menantu Baru Bersalin Naik Ke Rumah Di Tingkat 7

Artikel berkaitan: Tak Sempat ‘Escort’ Ke Hospital, Wanita Thailand Ini Bersalin Tepi ‘Highway’ Dengan Bantuan PDRM

Peringatan buat bakal ibu 

Namun Dr Alpha Zaki sempat memberi peringatan kepada bakal-bakal ibu berikutan kes yang berlaku.

Menurutnya, sekiranya rumah ibu hamil jauh dari hospital dan tidak mempunyai pengangkutan untuk ke sana, diingatkan para bakal ibu untuk membuat persediaan dengan lebih rapi jika mereka sudah hamil 35 minggu ke atas.

Jika ada tanda-tanda nak bersalin, sakit perut, baby kurang gerak, turun air, tanda atau darah. Tolonglah segera cari kenderaan untuk ke hospital. 

“Bukan apa, kita naik kereta lambat sampai, tiba-tiba bersalin dalam kereta. Kalau berlaku komplikasi, itulah yang kita risau sebenarnya. Bahu tersangkut, tali pusat terbelit, baby lahir tak menangis, tak ada staf kesihatan untuk rawat situasi itu. 

“So biarlah tersalah sampai awal, jangan tersalah sampai lambat,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat komen positif netizen yang mana rata-rata bersetuju dengan kata-kata doktor berkenaan.

Sebaiknya bersedia dengan segala kemungkinan. Sebab tulah bakal ibu selalu standby beg hospital dalam kereta siap-siap. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.