in

“Doktor kata takda harapan” – Semasa Lahir Gadis Ini Disahkan Sindrom Down, Tapi Bila Dewasa Hebat Di Pentas Peragaan

Feature Image Sindrom Down

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah nampak kan orang kelainan upaya (oku) yang mungkin di anggap tidak mampu memperoleh pencapaian seperti individu normal yang lain tapi sebaliknya mereka membuktikan bahawa diri mereka juga sebenarnya mampu melakukan dan mencapai apa yang individu normal boleh capai.

Seorang gadis muda dikenali sebagai Madeline Stuart, 22, telah disahkan menghidap penyakit sindrom down semasa kelahirannya dan kini menjadi seorang supermodel.


Sd 1
Sumber: instagram

Menurut portal vogue, semasa kelahiran gadis muda itu, doktor ada memberitahu bahawa perwatakan dia akan kekal seperti kanak-kanak berusia 7 tahun walaupun sudah dewasa.

Namun kenyataan doktor pada 22 tahun yang lalu itu tidak menjadi kenyataan apabila gadis ini berjaya menjadi salah seorang model terkenal di Australia hasil dorongan ibunya iaitu, Rosanne Stuart.

Rosanne juga merupakan pengurus kepada Madeline merupakan individu yang membawa gadis itu ke pentas peragaan kerana percaya bahawa anaknya itu mampu melakukan apa yang orang lain boleh buat.

Ibunya
Sumber: instagram

Tambahnya lagi, dia mendidik anaknya itu dengan memberikan keyakinan kepadanya bahawa dia sebenarnya cantik dan mampu buat apa yang orang lain buat.

Rosanne turut berkata, dia membawa anaknya itu pergi ke gym bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal persis seorang model walaupun Madeline mempunyai masalah berat dan ketinggian.

“Kalau dia nak jadi seorang model yang professional, kena la berlatih macam seorang professional dan bukannya harapkan simpati orang lain disebabkan diri tu kurang upaya.” katanya.

Gadis ini juga merupakan berada dalam carta pertama di Forbes untuk kategori kepelbagaian dalam industri fesyen.

https://www.instagram.com/p/B3ww2Yvnx5s/?utm_source=ig_web_copy_link

Fuhh, hebat betul. Korang jangan nak pandang rendah dengan individu yang kelainan upaya ni tau. Diaorang pun manusia juga dan mesti mempunyai keinginan sama macam orang lain juga.

 

Baca: “Sindrom unik” – Doktor Ini Jelaskan ‘Melatah’ Dari Sudut Perubatan

O

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.