Bagi perokok tegar, bulan puasa selalunya dijadikan antara bulan yang menjadi permulaan untuk mereka yang ingin berhenti merokok memulakan satu rutin baru yang lebih sihat.
Ini kerana pada bulan Ramadan, korang tak boleh merokok dan hanya boleh merokok apabila sudah berbuka nanti.
Merokok lepas berbuka bahaya?
Namun begitu, hati-hati kalau korang memilih untuk ‘berbuka’ dengan merokok terlebih dahulu daripada menjamah apa-apa makanan kerana menurut Dr Samhan ia adalah amalan yang sangat membahayakan.
MEROKOK LEPAS BERBUKA ?
Berbuka dengan air dan kurma sebiji,
kemudian terus nyalakan api nak hisap rokok…
Maklumlah seharian berpuasa tentu rasa susah nak tahan diri. Sampai makan nasi pun dikemudiankan 😨
Sebenarnya lebih bahaya merokok sejurus selepas berbuka!
Thread. pic.twitter.com/mrF9t9zaP2
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) April 13, 2023
Menerusi perkongsiannya di Twitter, ada tiga kesan paling bahaya jika korang merokok sejurus selepas berbuka puasa.
1. Radang paru-paru
Ketika perut kosong, nikotin akan diserap dengan lebih banyak dan tinggi jumlahnya berbanding perut sudah terisi dengan makanan!
2. Kurang oksigen
Menurut Dr Samhan, kandungan bertoksik dalam rokok ini akan memasuki aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah sekali gus mengakibatkan sel dalam badan korang kekurangan oksigen!
3. Gangguan pencernaan
Merokok dalam keadaan perut yang kosong juga akan mengakibatkan peningkatan kandungan asid dalam meningkat dan bertindak balas. Ini jelas-jelas akan mengganggu sistem pencernaan tubuh kita!
Meskipun kita kurang merokok pada bulan puasa, tetapi merokok sebaik sahaja berbuka puasa itu akan mengundang bahaya yang dahsyat kepada tubuh badan kita.
Jelas Dr Samhan lagi, selepas berpuasa 12 jam, tubuh kita memerlukan air, glukosa dan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Namun malangnya, tubuh kita diberikan pula ‘racun’ yang bertindak menghancurkan sistem dan fungsi organ.
Manakan tidak, selepas berpuasa selama lebih 12 jam, tubuh badan memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga.
Tapi malangnya, tubuh disuap pula dengan racun yang bertindak menghancurkan sistem dan fungsi organ.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) April 13, 2023
Harap para perokok di luar sana take note akan teguran ini ya…
Baca: Suami Maut Selepas Makan Ikan Buntal, Mengandungi Racun Lebih Bahaya Daripada Sianida!