in

Ditindih Masa Tidur, Angkara Jin Ke? Rupanya Ini Penyebab Sebenar & Cara Nak Cegah

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min yakin ramai antara korang ni yang pernah merasai ‘ditindih’ pada waktu sebelum atau sejurus sahaja tersedar dari tidur, badan macam kena hempap sampai tak boleh bercakap susah nak bernafas sampai rasa panik, apatah lagi kalau nak bergerak.


Ramai yang anggap ianya satu gangguan mistik dan mendakwa bahawa diri mereka dihempap oleh mahluk-makhluk halus.

Namun begitu, Facebook Public Health Malaysia menjelaskan perkara sebenar yang terjadi kepada tubuh badan kita.

 

Sleep paralysis

Tidur

Menurutnya, dari sudut sains ia merupakan sleep paralysis iaitu satu fenomena berlaku kelumpuhan pada tubuh badan ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.

Kelumpuhan ini terjadi akibat beberapa sebab iaitu :

1. Tidak cukup tidur
2. Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol

 

Ada nampak kelibat masa ‘ditindih’?

Sumber mengatakan bahawa ianya adalah halusinasi secara visual, individu itu akan rasa sesuatu yang tidak ada. Ia seperti anda bermimpi semasa terjaga.

Ramai yang kata mereka dapat lihat kelibat manusia, yang sering digambarkan dengan rupanya yang gelap, bayangan, atau hantu.

Ada juga mengatakan yang mereka melihat beberapa orang di dalam bilik. Malah segelintir orang nampak kilatan, warna terang, atau lampu.

Kadang-kadang halusinasi visual boleh menjadi lebih terperinci. Sebagai contoh, ada yang melaporkan melihat tangan atau kucing.

Dalam kes lain, penglihatan mereka samar-samar atau hanya merasakan bahawa barang-barang di dalam bilik melayang.

Jadi, cara untuk kita cegah daripada masalah ‘ditindih’  ini adalah

1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul

Tapi andaikata ianya berlaku dengan kerap, segeralah mendapatkan  khidmat nasihat doktor bertauliah.

 

Baca : Rapid KL Beri Amaran Kepada ‘Pekerja’ Sebab Tertidur Lepas Marathon K-Drama

Capture

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.