in

“Ditimpa pokok besar hingga hancur dapur” – Pemilik Sebak, Kongsi Detik Restoran RM1.2 Juta Dibawa Arus

Restoran Hanyut Dibawa Arus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan hujan lebat berterusan serta arus sungai deras menyebabkan sebuah restoran terapung terkenal di Kelantan, JL Fara Houseboat telah hanyut, pada petang semalam.

Menerusi hantaran video di TikTok pemilik restoran tersebut, Fara Sharina berkongsikan detik-detik ketika restorannya dihanyutkan arus deras.


Walaupun restoran yang hanyut itu telah ditemui, namun terdapat kerosakan teruk terutama di bahagian dapur selepas ditimpa oleh pokok besar.

Artikel berkaitan: “Ketuk2 pintu tak sedar” – Nenek Tinggal Seorang Diri Tak Sedar Rumah Dimasuki Air Banjir

Artikel berkaitan: “Chagee belanja akak ni” – Sudahlah Kena Redah Banjir, Wanita Ni Menangis Air Chagee Hanyut Dibawa Arus

“Hati luluh ya Allah, semalam JL Fara Houseboat baru sahaja ditimpa pokok besar sehingga hancur dapur. Hari ini kedua-dua houseboat Kak Fara hanyut, personal dan restoran.

Houseboat ini antara saksi kejayaan Kak Fara di mana sebelum adanya nasi berlauk JL Fara. Dengan nilai houseboat hampir cecah RM1.2 juta,” tulisnya.

Kongsinya, sebelum kejadian itu, berlaku insiden pokok tumbang akibat daripada hujan lebat dan juga kerja-kerja penghakisan.

@farajl_

terima kasih yang mendoakan… terima kasih yang sanggup menolong kami😭😭 ada yang naik sampan, ada yang naik boat bersama anak. ya allah terima kasih 😭😭 terima kasih yg tak terhingga.. #farajl #jlfarahouseboat #jlfara #kelantan #sungaikelantan

♬ original sound – FARA JL – FARA JL

Pemilik dakwa rugi RM800,000

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, pemilik restoran mendakwa alami kerugian hampir RM800,000 yang mana jumlah kerugian itu membabitkan kerosakan sebahagian daripada rumah bot itu, perabot yang tenggelam serta lauk basah yang disimpan dalam peti ais.

“Bahagian hadapan rumah bot ada yang patah dan menyebabkan air memasuki ruang dalaman sekali gus merosakkan pelbagai lauk pauk yang disimpan dalam peti sejuk beku termasuk king crab.

“Apabila tali pengikat rumah bot ini putus petang tadi dan dihanyutkan arus, kerosakan semakin bertambah,” katanya.

Kata Mohd Izhan, kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu turut menghanyutkan sebuah bot peribadinya yang diletakkan dalam rakit namun tiada kerosakan berlaku.

Restoran yang hanyut itu berjaya diselamatkan di Kuala Besar kira-kira lima kilometer dari lokasi asal hasil bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama penduduk kampung.

Menurutnya, rumah bot itu dibeli sejak empat tahun lalu dengan kos RM500,000 dan sejak beroperasi, belum pernah berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Harian Metro, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.