in

Ditawar Jadi ‘Personal Shopper’, Individu Cerita Pengalaman Dijerat Jadi ‘Scammer’ Rakyat Malaysia

Scammer Rakyat Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, terdapat pelbagai taktik yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi mengaut untung daripada orang awam.


Scam ialah penipuan secara atas talian atau secara tidak bersemuka ini telah menjerat ramai orang dan ada yang kehilangan hampir ratusan ribu sehingga menyebabkan mangsa tidak dapat menjalankan hidup seperti biasa.

Lindsey Lamont Uwnh5Jsrdr4 Unsplash
Gambar hiasan

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini terdapat berita di mana scammer ini telah berani menawarkan pekerjaan di luar negara dengan gaji yang lumayan sebelum memerangkap mangsa untuk menjadi scammer.

Menurut laporan Kosmo!, beberapa individu berkongsi pengalaman bagaimana mereka ditawarkan kerja sebagai pembeli peribadi atau ‘personal shopper’ di negara jiran, tetapi ditipu dan sebaliknya mereka dijadikan scammer untuk menipu rakyat Malaysia.

Pendedahan itu dibuat ketika sidang akhbar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang oleh mangsa yang pernah terkena sindiket tersebut.

“Jika melawan akan dipukul…”

Dikatakan, mereka dibayangi dengan tiket penerbangan serta penginapan malah mereka juga akan diberi pemandu pelancong secara percuma setibanya di Bangkok, Thailand sebelum dibawa ke Kemboja.

“Sampai sahaja di Bangkok, kami dilayan dengan baik. Bagaimanapun selepas seminggu, kami dipaksa ikut mereka pergi ke satu tempat di Kemboja.

Kami diberikan kerja di bahagian sumber manusia dan jika melawan akan dipukul. Kami dibawa naik sampan dan meredah sungai untuk sampai ke sebuah bangunan berwarna hijau.

“Di situ kami dipaksa menjadi ‘scammer’ dan perlu membayar pampasan jika mahu berhenti,” katanya.

Kemudian, mangsa berkongsi nilai pampasan yang perlu dibayar jika mahu berhenti adalah sebanyak USD35,000 (RM157,640) dan gaji mereka ialah USD1,000 (RM4,500).

Malah, mangsa juga memberitahu, setiap seorang rakyat Malaysia yang terpedaya dengan sindiket yang sama akan diberikan USD 1,000 (RM4,500).

Seramnya, sentiasa berhati-hati guys!

Baca: Hati-hati Taktik Scammer Terbaru, Buat Video Call Kemudian Ugut Nak Sebar Konon Mangsa Ada Skandal?

Scammer Ugut Sebar Video Call

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.