Sejak kebelakangan ini, masalah depresi yang berlaku dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan. Kurangnya pengetahuan dalam mengendalikan masalah ini menyebabkan pesakit banyak mengambil jalan pintas dengan membunuh diri.
Hal yang sama berlaku kepada seorang lelaki yang berumur 60 tahun ini apabila dia nekad bertindak membunuh diri dengan terjun daripada tingkat 16!
Lelaki ini dikatakan mempunyai tekanan emosi dan merasakan dirinya tidak berguna lagi dalam hidup menyebabkan dia terjun bangunan ketika berada seorang diri dirumah.
Kejadian berlaku Sabtu lepas dimana mangsa telah terjun dari tingkap rumahnya di sebuah kondominium di Sri Petaling.
Isteri berada di tingkat bawah
Apa yang lebih menyedihkan, isteri mangsa yang ketika itu berada di tingkat bawah sempat melihat suaminya berdiri di tingkap rumah.
Isterinya yang panik mula bergegas naik ke tingkat 16 untuk memujuk suaminya namun gagal kerana suaminya telah pun terjun dari tingkap rumah tersebut.
Didiagnosis kanser tahap 3
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, siasatan mendapati mangsa berubah sikap selepas disahkan mengidap kanser usus tahap tiga.
Mangsa juga dikatakan pernah cuba menggantung diri kerana berasa tidak berguna lagi. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Sekiranya ahli keluarga atau rakan kita mengalami tekanan emosi, kita sepatutnya berada di samping mereka untuk memberikan kekuatan dan membawa mereka untuk mendapatkan bantuan pakar.
Baca: Polis Kacak Jadi Kegilaan Gadis Lepas Selamatkan Wanita Cuba Terjun Bangunan Tingkat 16