in

Disahkan ‘Berhantu’ Oleh Mahkamah, Ini Cerita Disebalik Pengisytiharan Rumah Berhantu New York

2rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah rumah yang terletak di Nyack, New York, Amerika Syarikat telah diisytiharkan berhantu oleh mahkamah dalam prosiding yang diberi nama ‘Ghostbusters ruling’.

Selama bertahun-tahun keluarga Ackley dengan lantang menyatakan rumah mereka ‘berhantu’. Helen dan George Ackley mendakwa anak perempuan mereka terjaga setiap pagi kerana katil yang bergegar secara misteri dan hanya akan berhenti sekiranya anak perempuan mereka berkata dia hanya mahu baring sekejap.


Screenshot 2022 10 01 at 1.49.57 PM

Selain dari kejadian katil bergegar, pasangan itu juga percaya telah melihat hantu yang mengangguk setuju apabila mereka mengecat dinding rumah mereka dengan warna baru. Mereka turut berkata terdapat tiga hantu dirumah mereka iaitu Sir George dan Lady Margaret dan seorang kelasi kapal.

Kediaman mereka mendapat perhatian penduduk setempat dan ada segelintir pengujung luar yang melawat rumah itu dengan hanya melihat dari luar.

 

Disahkan berhantu

Memetik sumber dari Unilad, apabila keluarga Ackley ingin menjual rumah tersebut, Helen mendiamkan diri tentang kemungkinan wujudnya hantu di kediaman mereka. Rumah itu hampir dijual kepada pasangan Stambovsky. Namun apabila mengetahui mereka berkemungkinan akan berkongsi tinggal sebumbung dengan hantu, mereka membatalkan hasrat mereka.

Pengelibatan prosiding mahkamah bermula apabila keluarga Ackley enggan memulangkan deposit kepada keluarga Stambovsky. Sebagai respon, Jeffrey Stambovsky telah menyaman mereka dengan dakwaan keluarga Ackley gagal untuk mengatakan apa-apa tentang penghuni lain di rumah itu. Screenshot 2022 10 01 at 1.50.05 PM

Semuanya berakhir di mahkamah apabila kedua-dua keluarga bertelagah samada rumah itu benar-benar berhantu atau tidak. Walaupun percubaan pertama untuk membawa perkara ke perbicaraan telah ditolak, rayuan daripada Stambovsky akhirnya membawa kepada keputusan hakim yang mengatakan keluarga Ackley telah menukar nilai hartanah itu dengan mendakwa mereka tinggal di rumah berhantu.

Alasan penghakiman itu mengatakan bahawa bakal pembeli tidak akan mengetahui samada rumah itu berhantu atau tidak sebelum berpindah kerana pengetahuan itu disorok oleh penjual.

Secara tidak langsung, mahkamah telah bersetuju bahawa rumah yang ingin dibeli keluarga Stambovsky itu berhantu kerana kegagalan keluarga Ackley untuk memaklumkan perkara sebenar.

 

Baca: Wanita Rancang Berkahwin Dengan ‘Hantu’, Dakwa Bakal Suami Larang Berpakaian Seksi?

Screenshot 2022 10 01 at 1.48.31 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.