in

“Diri kita sempurna?” – [VIDEO] Wanita Kena Ceramah Lepas Mengadu Dapat Menantu Tak Seperti Diharapkan

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita memang banyak kali dengar kisah antara menantu dengan mentua ni. Lebih-lebih lagi kalau tinggal sebumbung mesti ada je benda yang tak kena kan?


Kadang-kadang tu sebab nak jaga hati anak, suami atau isteri, kedua-dua belah pihak biasanya hanya pendamkan perasaan sehingga tak bercakap antara satu sama lain.

Macam baru-baru ini, satu video rancangan TV di Indonesia telah tular di media sosial menunjukkan seorang wanita mengadu tentang menantunya yang dilihat tiada keserasian dengan apa yang diinginkan oleh mentua ini.

Sebelum ini saya setuju untuk nikahkan anak saya, tapi selepas menikah tak sesuai dengan saya. Tak sesuai seperti keinginan saya.”

Namun begitu, aduan wanita ini telah dijawab dengan teguran oleh ustazah tersebut yang mengatakan sebagai manusia, tiada orang yang sempurna. Jadi seseorang itu perlu lebih memahami.

Kita perlu tahu, orang ini kepala sama hitam tapi pendapat berbeza-beza. Jadi kita perlu lebih memahami. Sebagai orang tua kita tak boleh nak harap menantu itu 100% seperti apa yang kita inginkan. Sampai kiamat kita tak akan jumpa.

Manusia sifatnya salah dan selalu lupa. Jangankan menantu, kita sebagai manusia ada tak yang sempurna? Takkkk.”

“Kasihan banget yang jadi menantunya”

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa simpati mereka terhadap individu yang menjadi menantu ibu tersebut dan meminta agar menantu mentua saling sayang antara satu sama lain supaya rumah tangga menjadi lebih bahagia.

Screenshot 2022 08 12 At 1.17.28 Pm Down

Mungkin ibu ni hanya nak nasihat macam mana nak buat diri dia lebih terbuka untuk terima menantunya kot…

 

Baca: Lagi Seminggu Nak Bertunang, Mak Mentua Tak Restu Sebab Menantu Tak Kerja Kerajaan

Screenshot 2022 08 12 At 1.22.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.