Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan dilaporkan telah maut selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh bapa bayi itu di sebuah kediaman di Johor Bahru.
Menurut laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi semalam ketika bapa bayi tersebut mahu mengalihkan kereta ke luar rumah dari kawasan garaj.
Difahamkan, kereta tersebut merupakan kereta jenis SUV Proton X50.
Artikel berkaitan : Kes Treler Terbabas Di Kluang: Tayar Pecah Punca Kemalangan, Pemandu Ditahan
Artikel Berkaitan: “Dia meminta saya bersiap-siap” – Ibu Mangsa Nahas Di Kluang Sedih, Anak Pulang Nak Ajak Beraya Di Sepang
Ketika kereta itu mahu dialihkan, bapa mangsa tiba-tiba terdengar sesuatu bunyi dari arah belakang kereta iaitu di sebelah tayar sebelah kiri.

Bapa mangsa kemudiannya melihat anaknya yang berusia setahun itu berada di belakang kereta dalam keadaan telah berlumuran darah.
Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk rawatan namun pihak perubatan mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia ketika dirawat.
Mangsa disahkan cedera parah di bahagian kepala.

Sumber: Berita Harian