in

Direka Dengan Kesan Basah Macam ‘Air Kencing’, Jeans Ini Dijual Dengan Harga RM293

Feature 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain track suit, seluar jeans juga sering menjadi pilihan rakyat Malaysia ketika keluar lepak dengan kawan-kawan, tak kira sama ada wanita ataupun lelaki. Baru lah selesa kan nak jalan-jalan dengan member.

Kalau sebelum ini, seluar jeans koyak turut menjadi fesyen kegemaran rakyat Malaysia. Namun, kali ini muncul pula trend terbaru iaitu seluar jeans dengan kesan basah seperti air kencing pada bahagian depan seluar. Ada yang berani nak pakai ni kat tempat awam?


Jeansk 2

Memetik laporan The Sun UK, rekaan seluar jeans ini telah dinamakan sebagai Wet Pants Denim. Ianya dijual dengan harga £50 (kira-kira RM293).

Menurut laman web syarikat pengeluar jeans ini, rekaan seumpama ini dibuat supaya si pemakai tetap boleh bergaya tanpa perlu rasa tak selesa. Seluar ini juga diwarnakan dengan tangan dan setiap pasang seluar adalah berbeza.

Jeansk 3

CEO Wet Pants Denim juga ada menjelaskan terdapat sesetengah orang gemar memakai seluar yang ada kesan basah sebab mereka memang suka design jenis macam tu, lapor Times Now News. Jadi dengan adanya seluar macam ni, dorang dah tak payah basahkan seluar tu secara manual lagi dah. 

Rata-rata netizen terhibur dengan seluar jeans tersebut sebab ramai yang tak pernah terfikir nak reka atau pakai seluar macam ni.

https://twitter.com/SeattleSloth_/status/1398070394335211523

Namun, ada juga yang kata mungkin akan ada sesetengah orang yang memang berminat dengan design tersebut. Betul jugak tu, taste orang kan lain-lain. 

Sumber: The Sun UK, Twitter Wet Pants Denim, Wet Pants Denim, Times Now News

Baca: “Kalau nampak waktu malam ni…”- Lain Daripada Lain, Lelaki Ini Guna Seluar Jeans Beku Untuk ‘Cop’ Tempat ‘Parking’

Jeansk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.