Seekor tapir jantan ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Kuala Terengganu–Kuantan berhampiran sebuah gerai jualan lemang di Kijal, di sini, hari ini.
Bangkai hidupan liar itu ditemui oleh pengguna jalan raya kira-kira jam 11.40 pagi sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan. Tapir berkenaan dianggarkan seberat 250 kilogram.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian mulut, kaki dan badan, sekali gus menguatkan kepercayaan bahawa kematian haiwan itu berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Artikel berkaitan: “Dia nak pergi beraya tu” – Tapir Terlepas Dari Zoo Johor, Diselamatkan 40 Minit Selepas Ia Melarikan Diri
Artikel berkaitan: “Tapir pun?” – Ini 7 Haiwan Di Dunia Yang Korang Tak Sedar Sudah Hidup Sejak Zaman Prasejarah Lagi!
Susulan penemuan tersebut, empat anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah Kemaman telah dikerahkan ke lokasi bagi menguruskan bangkai tapir sebelum tindakan pelupusan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama ketika melalui kawasan yang dikenal pasti sebagai lintasan hidupan liar, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Astro Awani
