in

“Dinas Komunikasi Informatika Statistik” – Lelaki Indonesia Ini Namakan Anak Sempena Tempat Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa kebiasaannya akan memberikan nama anak mereka dengan nama-nama yang indah dan penuh makna. Anak-anak dengan nama yang pelik kebiasaannya akan menjadi bahan lawak rakan mereka meskipun itu adalah pilihan ibu bapa.


Di Indonesia, Slamet Wahyudi (Yoga), 38, menamakan anaknya sebagai ‘Dinas Komunikasi Informatika Statistik’ sebagai penghargaan kepada nama syarikat yang dia bekerja.

Meskipun tindakannya ini menerima persoalan pelik daripada ramai pihak terutama ibu bapanya, Yoga tetap dengan pendiriannya dan bersifat terbuka dengan pandangan orang ramai.

Awalnya orangtua yang agak keberatan. Setelah tahu alasannya, tidak mempersoalkan dan akhirnya mengizinkan,” katanya dalam satu wawancara.

Bagaimanapun, meskipun anaknya diberikan dengan nama yang panjang, dia akan dipanggil dengan nama Dinko sebagai nama timangan.

Seperti ibu bapa lain, Yoga berharap anaknya itu akan membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya. Dia juga berharap Dinko akan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

 

Kredit: Kompas

BACA: Penjual ‘Nasi Kuning’ Mirip Oppa Lee Min Ho Buat Ramai Gadis Tak Keruan

Sumber: Liputan 6
Sumber: Liputan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.