in

“Dilarang berenang” – Taman TRX Mall Akan Dibuka Semula, Ini Peraturan Dari Pihak Pengurusan…

cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, TRX Exchange Mall baru saja dibuka di Kuala Lumpur dan menerima kunjungan ramai. Mana taknya, dengan rekaan dan tarikan yang berbeza dari mall lain seperti Plaza Harmoni dan Laman Sinaran, memang banyaklah orang nak berpusu-pusu ke sana.

Tak cukup dengan tu, mall itu turut menyediakan taman permainan, Ruang Ceria untuk seisi keluarga beriadah dengan kawasan air yang dibuat khas untuk kanak-kanak bermain di situ.


Akan tetapi, beberapa peralatan permainan di taman itu rosak disebabkan beberapa pengguna yang tak bertanggungjawab. Oleh itu, pihak pengurusan mall terpaksa tutup kawasan tersebut buat sementara waktu bagi menjalankan proses baik pulih.

d1

Artikel berkaitan: Kedai Buah-Buahan Premium Dari Jepun, Sun Fresh Kini Dibuka Di TRX Kuala Lumpur

Artikel berkaitan: Banyak Ibu Bapa Kena Kecam Bagi Anak Main ‘Air Pancut’ Di Mall Baru, Rupanya…

Tapi, mereka taklah berniat untuk melarang orang ramai bermain di situ lagi sebaliknya, mereka akan buka semula kawasan tersebut dengan beberapa peringatan tentang peraturan yang mesti dipatuhi pengunjung dalam taman itu.

  • Sentiasa awasi anak-anak kecil
  • Pengawasan orang dewasa diperlukan
  • Sentiasa memakai pakaian yang elok
  • Memakai kasut yang sesuai
  • Dilarang bermain ketika guruh dan petir
  • Dilarang bermain di dalam atau di atas lingkaran air
  • Menggunakan peralatan sedia ada dengan sebaik mungkin
  • Dilarang berenang di Play Cave Waterfall
  • Dilarang berlari dalam kawasan Water Play
  • Orang dewasa tidak dibenarkan berada dalam struktur permainan (Play City & Play Cave)

Demi kesenangan orang ramai, mereka juga ada menyediakan Family Washroom yang terletak berdekatan kawasan permainan tersebut bagi memudahkan anak-anak untuk tukar pakaian selepas bermain.

Ingat! Kalau nak main di sesuatu tempat tu kenalah patuh peraturan demi kebaikan bersama.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.