in

“Diikat, disiram air panas” – Rumah Kebajikan Disyaki Dera Remaja ‘Down Syndrome’ Sampai Alami Kecederaan Serius

Collage 12

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Seorang remaja menghidap sindrom down yang merupakan anak angkat oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai didera oleh pembantu rumah kebajikan yang didiaminya sejak setahun lalu.

Menurut Sinar Harian, seorang pengguna Facebook telah mendedahkan mengenai kejadian ini. Dikatakan, perlakuan kejam rumah kebajikan tersebut terdedah selepas penghuni di sana dijangkiti wabak Covid-19.

Namun, apabila senarai nama penghuni diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, nama anak istimewa tersebut tidak dimasukkan dalam senarai sekaligus menimbulkan kebimbangan.

Bila tengok namanya tiada dalam senarai, dia rasa pelik kerana mereka seperti ingin menyembunyikan sesuatu.

“Jadi sumber tersebut bawa makanan ke rumah kebajikan dan dapat jumpa kanak-kanak itu.

Dia terkam lalu menangis, seolah-olah dalam keadaan trauma.”

“Diikat serta disiram air panas”

202565608 10158758279044436 6460693348255202650 N 1

Wanita tersebut turut memberitahu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati, nama remaja berusia 13 tahun itu tak dimasukkan dalam senarai kerana rumah kebajikan itu cuba melindungi perbuatan keji mereka.

Dia didapati positif Covid-19 apabila dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima rawatan selama 10 hari sebelum dihantar pulang ke rumah kebajikan yang menjaganya sebelum ini.

“Kecederaan dia sangat serius. Apabila pihak hospital tanya siapa yang buat, dia akan sebut ‘bonda’ dan ‘mama’ serta beritahu dia telah diikat serta disiram air panas.

“Saya mohon media, masyarakat dan pihak polis untuk siasat kes ini secara lebih terperinci dan bawa pelaku kejam ini ke muka pengadilan segera.”

“Kebinatangan yang melampau”

204018560 10158758278934436 3847266473047086303 N 1

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mona Din ini turut kongsikan gambar-gambar kecederaan yang dialami oleh anak istimewa ini dan perkara ini turut mendapat perhatian bekas Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik.

Kebinatangan yang melampau! Pelaku jenayah ini wajib dihadapkan ke muka pengadilan! Anak-anak istimewa adalah kurniaan bukannya bahan deraan.”

Allahu, harapnya perkara ini dapat disiasat dengan segera dan semoga pelakunya dapat balasan yang setimpal.

 

Baca: Setanding Model Terkemuka, Nama Gadis Down Syndrom Ini Dipersada Dunia!

Screenshot 2021 07 06 At 1.06.14 Pm